Rabu, 28 Januari 2009

Keistimewaan Solat Berjemaah

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakaat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail) .

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini.

Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.......

Rabu, 7 Januari 2009

assalamualaikum semua...

Alhamdulillah sesi perkuliahan telah pun bermula dan pada hari ini barulah ada kesempatan untuk kemas kini blog ni... sebenarnya jiwa ni masih bersedih lagi atas pemergian ayahanda tercinta pulang ke rahmatullah pada tanggal 28-12-2008 bersamaan hari ahad minggu lalu.. sedih sangat.. apakan daya kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.. semoga roh ayah di cucuri rahmatNya..amin... semoga semester baru ini dapat berjalan dengan keikhlasan kepada Allah dan semoga lembaran baru ini dapat mendokong semangat juang yang masih bersisa ini... Allah sentiasa bersam dengan orang yang sabar...

Rabu, 17 Disember 2008

FUNNY

The businessman was self-conscious because he had no ears. so when he hired a manager, he asked each candidate, " do you notice anything unusual about me?"
the first replied , "you have no ears." he was shown the door. when the second candidate's response was the same , he was also tossed out. but the third guy had different answer.
" you're wearing contact lenses ," he said.
" how did you know?" the businessman gasped.
" because people who have no ears have to wear contacts."

Rabu, 26 November 2008

salaam semuaa...




hai dah lama tak update blog rindu plak.. bkn pe slama ni blog tak bleh bk ntah napa ri ni bleh plak..happynye.. actually ari ni sya nk balik umah dah cuti sem... sekarang kat airport tgu flight kul 1250.. semalam saya baru sampai dari kelantan..pergi rumah kawan kat k. krai.. then tetiba ktaorang g kl 2 ari.. em.. pnat gak.. sebenarnye boring ni tu yang check blog kalu tak..em berkurunlah tak update mcm fs saya..ntah ape cite ntah.. time ct ni berdebar tgu result exam ri2...hope oklah..takut kena marah kalu result kantoi..lebih takut lg tak dpt smbg biasiswa plak.. ak nak cari wit kat ne... he3... tak sabar rasanya nak rasa masakan mama kat umah.. dah lm asyik mkn nasi dan lauk yang sama je..kat rumah leh wat pe2 jer.. bestnye...

Khamis, 23 Oktober 2008

assalamualaikum semua...

Salam... hari ini awal pagi lagi dah rasa bosan tak tau le..padahal hari ni hari terakhir kuliah.. rasa tak semangatla pulak... tolong lah pulihkan semangat ni..next week dah final..tiba2 rasa nak balik rumah..rindu kat family... miss so much..lambat lagi nak balik...waaa:-(

Khamis, 16 Oktober 2008

Hidup Ini Satu Perjuangan

SATU TEKAD
Berikanku sebaris kata ,Untukku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga,Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga,Tak tahu mana satu arahnya
Kiri kanan manusia berdusta,Mungkir pada yang esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia namun, Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikanku pedoman, arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan,
Simpang mana arah kejayaan
Timur utara juga selatan atau arah mentari terbenam

Bersama menyusuri jalan,
Para rasul Nabi junjungan
Menuju ke puncak, gemilang ,terbilang
Iman di dada mengiring langkah

Sabtu, 27 September 2008

balik kampung

salam semua...hari ni saya balik kk semula..sok baru nak balik kampung ... cerita pasal balik kampung ni.. hope tak adalah berlaku kemalangan jalanraya sepanjang perjalanan... berhati-hatilah.. sebelum jalan tu periksa dahulu kenderaan.. check tayar, minyak, air and others..jangan terburu-buru..kalau jalan jem.. jangan panik or marah2...banyakkan bersabar di bulan mulia ni. k.lah selamat balik kampung..selamat hari raya...

Khamis, 11 September 2008

minggu sibuk

Assalamualaikum...this week is 2 week before break... excited nak balik cuti raya..tapi sebelum tu kena melalui banyak perkara... hari ini ada english test jam 3-4 kat ah06, well perkara yang paling mendebarkan ialah ...esok.. tau tak esok pukul 8-9 ada test ptm kat blok oth, ok lg... paling gerun... ni hah...9-11 ada debat..just training not tournoment tp aku ni bukannya pernah masuk debat..ni masuk kelab just nak tingkat keyakinan diri..so..kawan2 tolong doakanlah aku boleh bercakap dengan lancar sok..takut..takut.. tak bersuara pula gara2 nervous.. tapi Allah kan ada... Insyallah boleh.. apa2 pun for all my friends gooD luck for today and tomorrow...remember..JANGAN MENIRU!!!

Khamis, 4 September 2008

Assalamualaikum....

Hari ini ada test tafsir kul 3-4 ptg kat othman 01... waa..berdebarnye menghadapi test ni... harap-harap dapat jawable..Insyallah ...AMIN... kepada kawan2 semua harap janganlah ada di kalangan kita meniru time test nati... berdosa tau...bayangkan kita dah abis belajar nati kita cari makan dengan hasil meniru tu...jadi darah daging plak tu...MASYALLAH... so buatlah yang terbaik..pilihan ada di tangan kita... goog luck semua...

Rabu, 3 September 2008


ahlan ya ramadhan

TINGGALKAN segala duka & resah , nafgsu yang mengarah kepada keburukan. INTAILAH ketenangan diri dengan kesedaran , keimanan & ketakwaan ,kerana kesempatan yang jatuh ke riba hanya SEKALI , yang berlalu adalah usia kita yangpanjang , yang akan tiba saat kematian yang semakin singkat. sesungguhnya sahabat yang baik ialah yang menunjukkan jalan ke syurga....

sesi perkuliahan mgu ke 9 bulan ramadhan


wahhh... makin banyak assgmen n keja nak buat... next week dah nak tasmik..takutnyee... tak pe lah usah..sempat lagi..chaio2... minggu ni dah start posa..sukenye.. kepada kwn2 byk2kan beramal ibadat di bulan mulia ni... " jadikan persinggahan kita d dunia ini persinggahan yang cukup bermakna , luangkan masa mendidik hati , sabar atas segala dugaan , redha atas segala aturan , solat dlm setiap keadaan dan setia dlm perjuangan menempuh ranjau kehidupan...marhaban ya Ramadhan"

Khamis, 21 Ogos 2008

salam ukhwah mahabbah

SEMALAM ...baru sahaj habis seminar al quran kat UDM... kepada semua yang menyertainya..semoga kita dapat manfaat dari apa yang telah disampaikan oleh penceramah2... bersama kita tegakkan keadilan keagungan islam... jgn lupa pergi tgk tilawah al quran peringkat antarabangsa kat pulau wan man...