Rabu, 9 Disember 2009

dilema DUALISME

aha...cuti semester...emm bahagia ke ana dengan cuti sem ni...bosanlah. actually ana lbh suka duduk Kampus.seronok, coz xdelah terperangkap dengan debu2 dunia yang kotor ni. Ya Allah, tiap kali balik kampung banyak dugaan yng terpaksa dihadapi, kejahilan yang melampau dalam kalangan masyarakat kadangkala banyak mempengaruhi hidup ana, cara hidup sekularisme, liberalisme dan byk lg isme2 nya...kadangkala ana turut sama menjadi golongan2 ini... ya Allah bnyak sngt dugaan kat sini, adat budaya memang lari jauh dari landasan sebenar..dan ana?..kadangkala jadi pak turut, hanya memandang lemah setiap situasi kemungkaran waima dalam hati menangis pedih...untuk membantah ana masih belum kuat..malah penyakit takut itu masih ada sedang tugas ana sepatutnya menegakkan kebenaran..Astaghfirullah...setiap hari ana berdoa agar punyai kekuatan untuk meruntuhkan benteng kejahilan atau lebih ringkas jahiliah moden ini.. justeru timbullah nekad di hati ana untuk tidak pergi ke mana2 ketika cuti ini..betul ke tindakan ana...actually ana berusaha untuk menghindari pelbagai penyakit sosial daripada terus membiak dalam diri ana, kerana ana sedar ana ini amat dhaif, malah tidak mampu melawan hasutan godaan semasa. dari segi communication ana berusaha mengelak daripada bertembung dengan insan2 sekular yang sering cuba menegak benang basah waima sedara ana sendiri. cukup ana tidak ingin berdebat walau ana tahu ana berada di pihak yg benar namun ana belum kuat...

Di Kampus, seronoknye...ana dapat mengabdikan diri pada yang Esa dengan aman, tanpa ada cemuhan dan ejekan. seringkali ana bermonolog adakah ana kolot kerana terlalu mencintai yang Esa sehingga lupa pada hiasan duniawi...adakah ana ketinggalan zaman apabila ana tidak berfesyen malah tidak mengetahui fesyem masa kini...seringkali ada desakan hati untuk bergaya seperti rakan2..namun iman masih unggul mengatasi nafsu, iman tetap menguasai akal...minda ini selalu mengatakan "INGATLAH, FAHAMILAH KONSEP ISLAM ,IMAN DAN IHSAN" ya IHSAN...inilah yang sering membantu ana agar kembali ke jalan kebenaran pabila hampir tersasar...an ta'buda ALLAHa kaannaka tara fain lam takun tarah fainnahu yaraka...ana xkan lupa ini buat selamanya..kerana melaluinya ana kenal konsep IKHLAS...setiap apa yang ana lakukan adalah untuk mengharap keredhaan Allah..

berbeza di kampung, seringkali ana terpedaya dengan hasutan dunia yang fana ini...justeru nekad ana kali ini, untuk permulaannya ana berusaha mendidik nafsu sebelum mendidik org lain. biarlah apa orang kata, ana tetap berada di pihak yang benar. apa yang penting ana tidak ingin terlibat dengan permainan DUALISME yang semakin popular masa kini...

ya Allah berilah aku kekuatan....amin