Jumaat, 28 Oktober 2011

~~tiNgkATaN zikiR MeNuruT IbN QaYyiM al-JaWzIyAH~~

1. Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. Hati akan lebih lagi menikmati.

2. Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidak merasai.

3. Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.

4. Berzikir lidah sahaja, hatinya lalai.

Di manakah tingkatan zikir kita? Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t menghargai setiap ingatan kita pada-Nya. Namun adakah kita juga menghargai Dia?

Jumaat, 21 Oktober 2011

~~AMANAH YANG TERTANGGUH~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...da byk hari n dah lbh sebulan ak x update blog nie..cbuk? emm bolehla..ok nak citer tentg "amanah yg tertangguh" nie

Aku dah graduated!!!! sekian lama ..setelah pelbagai halangan dan masalah yg melanda akhirnya aku yg bermula dari bawah semula ini telah graduated...Alhamdulillah...

mungkin ramai yg xpercaya especially kwn2 ms iskool dulue2..yela boodak yg dianggap "bego" & pernah dilempar eraser coz tdo dlm class dah grade? Aku yg suatu ketika dulu pernah dianggap "bagus punyer kawan!!!" oleh sorg besfren (well bleyla kate g2 kot coz sjk kecil lg da kwn) gara2 x bagi tiru jwpn aku kat dierla..lantaklah aku cuma ingin berlaku jujur je even i know that my answer tue bknnye betul pun...hah..ye ker budak tue dah grade ker? bile? eh dia study kat ne yer? xtaw pun?...hahahahaha pasti itu yg mnjd persoalan mereka....

skg aku xnak ckp pasal tue..apa yg ingin aku katakan ialah tentang amanah..ya amanah...mungkin ramai yg x menyedari beban ilmu yg dipikul ini setelah bertaun2 menelaah...lebih2 lagi insan yg bergelar daie yg semestinya telah mempelajari pengertian daie itu sendiri dan telah menyelami teknik2nya..

setiap kali aku bangun dari tidur aku akan bertanya pada diriku apakah hari ini Tuhan akan menghendaki aku beramar makruf dan nahi mungkar...setiap kali melihat pelbagai kemaksiatan di sekeliling lantaran kita berada di lingkungan masyarakat pelbagai fikiran dan atitudenya..lalu pernah kah kita menegah mereka melakukan kemungkaran yg jelas2 di depan mata? sukarnyaaa...aduhhh pedihnya...inilah cabaran daie...hari ini keyakinan kita lebih kepada sabda nabi "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemunkaran maka hendaklah ia rubah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia menolak dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim) ya keyakinan ada tapi pada yg terakhir itu...menolak dengan hati maka nyatalah bhw iman kita benar2 lemah...

Dan setiapkali sebelum tidur aku bermuhasabah apakah aku telah beramar makruf nahi mungkar hari ini?...jelaslah..setiapa hari amat jrg terlaksana...bahkan semakin lama kita semakin jauh..apalah guna grade dengan title seorang daie andai tanggungjawab ini tdk terlaksana...Allah..ampunkan hambamu...Benarlah..menjadi daie itu amat berat..sedang kita pewaris para nabi..setiap hari amanah ini semakin tertangguh...masih ingatkah lagi pada rukun2 dakwah itue?....Ya Allah..apalah gunanya hambamu ini menjadi graduan andai telah melupakannya...

Maka lantaran kealpaan terhadap rukun Dakwah itu sendiri maka tertangguhlah tanggungjwb yg besar ini...

Aku sering bertanya mengapa aku yg dilontarkan ke lembah dakwah ini? Bila keyakinan aku mula goyah..lantas teringat Firman Allah yg bermaksud "Allah tidak membebani seseorg melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah AL-Baqarah ayat 286

ya bersyukurlah kita menjadi insan terpilih untuk menyambung wadah para anbia dan sahabat...kitalah tabi'tabi'tabi'tabi'tabi' para tabi'tabi'in...

Namun menjadi insan begitu perlu ada kekuatan jiwa..justeru binalh kekuatan rohani..kembalikanlah semangat juang...aku berhrp sisa semangat semasa mempelajari ilmu2 Allah ini masih ada..agar amanah ini tidak tertangguh lagi..

Di saat ini aku amat berharap agar kalian juga dpt sama2 berdoa...moga kita tergolong di kalangan org2 yg teguh iman dan taqwanya..Aminnn..

Buat diriku inginku peringatkan : Syabas dan tahniah atas kejayaan bergelar graduan...tp jgn lupa tggungjawab seorang "Daie"


Wif my Family...Al-Fatihah to arwah Ayah x smpat tgk anaknya grade



wif "MAMA" yg byk mencurahkan ilmunya..even kdg2 rasa tertekan dgn bebanan assignment n keja2 lain tp ia berbaloi...



Insan yg bersmaku bersengkang mata menyiapkan tugasan siNce sem1 lagi "NA & KID" misz uols...



p/s Bangga dapat bertemu Permaisuri Agung face to face...bangga dpt graduate bersma teman2...hepi coz family hadir....terharu coz berjaya siapkan pgajian walau pelbagai rintangan...rindu berkumpul bersama teman2 & study sama2..palink rindu wat assigment sm2 even last min kan...huhuhu salam perjuangan walau di mana anda berada...semoga berjaya!!!!

Ahad, 4 September 2011

Kisah Eidku Tahun Nie

Bismillahirahmanirrahim....Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Masih belum terlewat utk aku ucapkan selamat Hari Raya dan maaf zahir batin..Raya thn nie berbeza dgn raya taun2 lepas. kalu dulu raya ada org tua2..tp kali nie yg tggal hanya muda mudi..my mom ku kira sebagai generasi kedua selepas arwah nenek dan atuk adalah bonda yg tertua di rumah nie, bonda la yg sibuk sana sini melakukan persiapan menjelang raya. Perbezaan yg ketara taun nie ialah pertambahan ahli keluargaku, mana taknya kalu dulu Aming(my Aunty) single tp taun nie da berkahwin, dan aku telah menganggap anak2 Aming itu seperti kazenku sendiri..aku rasa berbangga dan happy ada kazen mcm durg. Alhamdulillah. Sehari b4 Raya kami ke pekan membeli brg keperluan bersama2 Ana..first time aku tgk pasar penuh dgn org membeki belah, sibuk sana sini dan aku hanya dpt membeli di satu gerai sahaja lantaran crowdednya pasar tue. Kami balik bila hari hampir senja dan time nak buka posa dah, Aming & Family dah sampai di umah. Aku terasa seolah2 kami plak yg balik kg di sambut oleh mereka..hahaha..tp aku yg biasa di perantauan merasa lain kali ini coz aku da tamat study kali nie so Bonda xlg tertunggu2 kepulgan aku mcm dulu. Lagipun kali nie aku dpt membantu mereka awal2 lagi.

Malam takbir kami semua sibuk dgn tugas msg2, tp ketika ini ruang tamu masih bersepah, lantai belum mop lagi lantaran terlalu byk kaki2 yg memijak so sukar cket nak mop time2 begini, after bersihkan frame gambar aku da x terdaya, akhirnya aku tertidur. Alhamdulillah Allah kejutkan aku jam 3 pagi dapatlah Solat jap. Aku tgk Atul n Ain tidur lena kat sblh ak. Usai solat aku p tgk keadaan ruang Tamu, MasyAllah betap bersepahnya sana sini, aku terduduk sketika memikir cmne nak kemas, akhirnya aku nekad, aku kmas sorg2, tarik kapet, sapu n mop lntai, siap wat design lagi, Alhamdulillah hampir subuh tu aku da setel wat cuma tggal ruang tamu yg 1 lg x kmas coz ada Abang n Farah tdur c2, malas nk kejut. Tp kat c2 simple je coz kwsn kcik, lgpun ak da kuarkan kapet siap2 tggal letak je. Pagi tu usai solat Subuh aku buka TV sambil dengar takbir, airmata hampir menitis kesyukuran, tahun nie aku puasa ckp sebulan cuma aku riso adakah diterima posa aku itu..then aku ketuk pintu blk semua, x bgn2 juga hingga abis waktu subuh, sungguh menyedihkan, mapabila sanag matahari menunjukkan wajahnya, barulah semua bgn, Aming hampir gelabah coz Rendang x wat lagi. Aku cuba tlg yg trmampu tp aku kesuntukan masa, mana nak pergi surau lagi. Akhirnya Atul dtg membantu. Dan akhirnya aku p solat Raya sorg diri gara2 xde sorg nak join my Sis plak x mandi lagi sibuk sapu sampah kat luar.

SOLAT YG LEWAT DAN KHUTBAH RAYA

Tiba di Surau, aku ingat aku yg lewat, rupa2nya khatib plak x smpai2. Lambatlah kami solat, Imam da sedia cuma teks Khutbah tu masih kat tgn Khatib yg x nmpak btg idungnya. Seisi surau da mula kecoh, tapi sempat lagi Pakcik Cau n Abg Rapahi amik gambr ktorg. Akhirnya hampir jam 9 barula Ust.Said merangkap Khatib tiba. Syukur dptla kami memulakan solat dgn diimami oleh Abg Jailani. Khatib nek ke mimbar dan mula berkhutbah di kala ini mataku mula mengntuk kesan x tdur kemas ruamg tamu. berulangkali menguap lantaran bosan mendengar khatib yg x bersungguh2 menympaikan khutbah..akhirnya aku hilg fokus waima aku cuba utk fokus. Slpas bersalam-slmn bermulalah adegan yg aku menyampah, adegan tangis menangis, tolonglah hari raya bukan utk tangisan kesedihan tapi tangisan kegembiraan dan kesyukuran. dan lagi satu yg aku x suka ialah durg nie salam je tnpa kira muhrim or bukan muhrim. Astagfirullah..utk elak itu, aku cpt2 kuar n trus menuju ke rumah Abg Samlih utk jamuan ringan, Aku, k.Roslinah n mama Juan pun mik mknn. Usai semua aku minta diri balik. Syukur aku dpt gak jmpa kawan aku Acit yg x teruncit lg. Lawyer tu dah makin bergaya skg tp taun nie ak tgk dia agak simple cket berbanding dulu.

Balik Surau kami berslam-salaman di rumah, mohon ampun dan maaf, huhuuhu...then kami bersiap ke Kuburan, kali ini kami ramai, seronok plak....

Raya kedua Ana balik dari Takuli, peristiwa lucu ialah sewaktu kami membasuh pinggan bersama2, Ana bertanya tentang solat Raya, kemudian bertanya tentang Khutbah, Pengisiannya, Lalu kami bandingkan dgn Khutbah di sini dgn Khutbah di Masjid Takuli, ternyata aku da x ingat apa2 pengisian Khutbah tempoh Hari..hahahah..mmg x khusyuk...mmg salah aku x fokus tp aku juga mnyalahkan Khatib yg bukan berkhutbah tp membaca itu dlm keadaan mengantuk dgn suara mendatar. sungguh membosankan, kalu tanya yg lain juga pasti jawapan sama seperti aku.hahaha...

Kali nie aku hanya beraya di rumah sedra mara terdekat je, Aku n Ana je beraya, jelajah Nousong 6 buah rumah sedara then Pergi Palai, di palai kami langkah kanan, kebetulan durg wat Majlis Kesyukuran Mimi n mkck Biah balik sok, syukur, mulanya aku segan tp Mimi sendiri dtg sembang ngan aku smpai aku rasa xnk balik lak, mcm2 cite..hahahaha

Itulah kisah di hari Raya, dan skg masih Hari Raya tapi aku mls nak jln2, mls nak bersua ramai org, ntah napa tp aku mang dr dulu g2 kok xsuka ramai2...bising n rimas...tp kan kita perlu menjalin hubungan silaturrahim sesama umat Islam...Tp bukan yg berunsurkan maksiat.....

Semoga dipertemukan Ramadhan dan Syawal akan datang...Aminnnnnnnn..



Khamis, 25 Ogos 2011

Ramadhan yg bakal pergi

semakin hari semakin mnjelang syawal mulia, kegembiraan suasana raya itu terpancar di wajah masing2..namun dalam keseronokan itu terbit suatu perasaan sedih yang halus dan menyucuk sanubari..kedatangan syawal melambangkan perginya Ramadhan..

pasti aku jadi rindu lagi pada Ramadhan mulia..tapi jika benar aku Rindu mengapa aku abaikan Ramadhan ini...

minggu terakhir Ramadhan, janjiku untuk lebih bertawaduk dan taqqarub kepada Allah, aku tahu Nabi Muhammad Saw beriktikaf sepanjang masa ketika melewati hari2 terakhir Ramadhan..namun janji hanya tinggal janji..hampir kuabaikannya, mujur Allah mengingatkanku tentang pahalaNya yg berlipat ganda..lalu ketika last minit ini aku mencari kekuatan untuk terus beramal ibadat..

Tuhanku, izinkan aku...

Namun, disaat2 akhir ini, realitinya org ramai tidak lagi mempedulikan soal iktikaf, soal ibadat, apa yg menjadi kesibukan mereka ialah berbelanja di sana sini bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri, lagu2 raya berkumandang sana sini mengatasi suara bilal melaungkan azan dan mengalunkan Zikir memuji Ilahi, di mata msg2 sudah tidak terlihat Ramadhan bahkan tidak sbr2 sambil bersungut menahan lapar dahaga dan menghitung hari tibanya Syawal.

Tuhanku, ampunkan dosa anak Adam...

sedar dan tak sedar..Ramadhan ibarat tetamu, mahukah kita mengabaikan tetamu kita ketika ia berkunjung ke rumah kita , alangkah zalim dan hinanya kita kerana tidak menghormatinya. diibaratkan seperti begini si Ramadhan adalah saudara sekaligus menjadi tetamu kita lantaran berkunjung serta menetap di rumah kita selama sebulan. Ramadhan berjanji akan memberikan kita segala bentuk kemewahan sekiranya kita melayannya dengan penuh kasih sayang, Ramadhan juga berjanji akan memberikan bonus tambahan kepada kita yg melayannya bersungguh2 pada awal, pertengahan dan hujung bulan, bahkan pada akhir bulan itu Ramadhan menambahkan lagi dengan memberikan pelbagai kesenangan dan kemewahan sekiranya kita berusaha bersungguh2 menjaganya siang dan malam lebih2 lagi di waktu sepertiga malam. RamadhaN membawa agreement utk ditandatangani, lalu dengan sng hati kita menurutinya.

namun apa yg berlaku, kita melanggar perjanjian, kita abaikan Ramadhan, kurg penjagaan, tidak ikhlas, awal yg baik kita bersama2 beribadat kepada Allah tapi semakin lama semakin bosan pada Ramadhan, semakin marah, geram, dan di akhirnya kita langsung tidak memberikan sebarang keperluan Ramadhan bahkan pemergian Ramadhan amat dinantikan lantaran saudara Syawal pula akan menumpang di rumah kita selama sebulan namun mengenakan syarat agak longgar sedikit. Lalu tiba hari keberangkatan Ramadhan, kita merasa gembira terlupa pada agreement yg ditandatangani sebulan lalu, Ramadhan pergi dlm keadaan sayu, kita tanpa rasa segan dan malunya menuntut perjanjian, Ramadhan lalu menempelak kita di hadapan Syawal yg baru muncul namun belum masuk ke Rumah, Ramadhan memberitahu kita bahawa kita telah melanggar perjanjian, layakkah kita mendapat apa segala kemewahan itu, maka kata Ramadhan tunggulah pembalasan dari Tuanku yg menyuruhku berkunjung ke rumahmu untuk mengujimu...Ramadhan pergi...syawal memerhati..memndang wajah kita yg bersahaja, Syawal menempelak kita kerana telah mengabaikan sahabatnya..syawal mengatakan ia tidak ingin menumpang di rumah kita kerana kita telah mengabaikan sahabat baik dan setianya iaitu Ramadhan...aku takut kamu juga akan melayan aku sedemikian..begitu kata syawal..

Akan terbitkah kesedaran pada hati kita...sesungguhnya ramai kalangan kita amat menantikan tibanya Syawal tp tahukah kita syawal tidak akan menjelma jika tidak ada Ramadhan..bahkan syawal hanya bagi mereka yg bersungguh mengabdikan diri pada Allah ketika bulan Ramadhan....kedatangan syawal adalah tanda kemenangan bagi hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa sepanjang bulan Ramadhan, bukan sekadar menahan lapar dahaga tapi berjaya membendung nafsu daripada menguasai diri...berapa ramai kalangan kita yg tidak mendapat pahala berpuasa melainkan hanya merasai lapar dan dahaga demikian sabda Nabi saw.

Ramadhan belum meninggalkan kita lagi...sebelum ia pergi di kesempatan yang ada ini rebutlah peluang ini, jgn sia-siakannya...terbitkanlah rasa sedih di hati kita kerana Ramdhan akan pergi..siapa tahu Ramadhan ini adalah ramadhan terakhir kita..SubhanAllah...

Ahad, 14 Ogos 2011

Salam RAMADHAN karim...

Assalamualaikum..agak lam juga aku x menulis di ruangan ni..bukan pe xde idea di samping kesibukan yg kdg2 x terduga..emm..ye ker..

agak lewat juga aku ucapkan salam Ramadhan nie..Alhamdulillah masih diberi kesempatan bertemu Ramadhan yang mulia ini. aku berharap Ramadhan kali ini dpt menambahkan lagi keimanan kepada Allah..meningkatkan rasa tawaduk kepadaNya..mudah-mudahan segala amal ibadah diterimaNya dan diredhaiNya..Aminnnnnn..

baru 14 hari berpuasa bermacam2 hal yg berlaku..mcm2 ujian yg melanda..hanya kesabaran peneman setia..dan aku harap sabar itu menjadi perisai aku..


GERAI KAMI DAN SANG PENDENGKI

knapa aku kata g2..actually kami adik beradik ada menjual juadah berbuka. kami masak simple2 je..Alhamdulillah byk juga untung kami dpt pada awal ramadhan. sampailah once day, Seorang pak Sedara yg mana isterinya turut jual juadah berbuka posa dtg lalu kat dpn umah kitaorg selama 2 ari berturut2 bila aku tanya watpe? dia kata nak jenguk kebun sambil jogging..aku pelik benar jogging time posa2 nie dikala matahari terik lum lagi jam 5 tu..biasanya dia nek motor g kebun tp tetiba jln kaki plak..tp ktowg husnu zann wat x ksah smbil2 wat persiapan buka gerai kat dpn umah..pakcik tu pun ada gak jenguk gerai kitaowg selama 2 ari..then after dat, xnmpk plak dia lalu lagi..dan selepas itu gak gerai kitaowg dah xde pelanggan..alangkah heran bin ajaibnya aku..juadah kitaowg bley dikatakan simple tp menariklah dgn Kuih Keria, Kuih Ceh Mek Molek, mee Goreng, Mee Kari, Kek Batik, Kuih Bom, Kuih Putri Mandi, ABC, cINCAU dan kekadang ada gak mak aku tmbah kacang kuda..alangkah sedihnya kami bila tgk pelanggan yg besa g beli tpt kitowg da xdtg dah..padahal awal2 ritu durg beria2 nakkan ABC..lalu nafsu pun menghasut minda utk ber su'u zann..sungguh aku n adik aku da syak yg pkcik tu wat something smpy xde owg dtg beli kat gerai kitaowg..bengang aku..betapa time posa pun durg masih dengki ngan kitaowg..xnk tgk anak sedara durg maju..xpe dikala ini kesabaran peneman kami..yg pasti kami xkan brpts asa..semoga Allah membalas perbuatan mereka...dan semoga mereka diberi keinsafan..aminn.


HOSPITAL, JEJAK KASIH DAN SAHURKU

Ini kisah kedua sepanjg Ramadhan, baru2 ni Mak sedara aku yg terdekat (AMING) dimasukkan ke wad di HQE2 SMC DAMAI, gara2 didapti ada apendicitys...lalu Mak Su(ANA) meminta aku menjgnya sepanjg di wad..yela aku xde keja leyla tlg Aming, uncle Pet plak kena g skolah. Ari Khamis aku g Hosp..bertembung ngah Pakcik Langkon n Nenek Alai..xsgka plak durg pun dtg jguk aming..aku trus nek tgkat 7 n g wad Kenanga 7A bilik 4..ternyata aming belum dioperate lgi..durg pun sembang2 ngan aming kat wad, xlama pas 2 mak aku plak dtg, aku pn g solat , hampeh punya spital surau dia kat 1st flr, terpaksa trn nsb nek lift..usai solat..ana ajak aku buka posa kat luar..sukur sgt..adik aku ntah ke mana mghilang time buka posa kat RCH KOMPLEKS KARAMUNSING baru jmpa durg..syukur ana blanja..then aku blk g hospital..uncle pet da ada bersama tira n aiman..cian bdk2 tue..patutnya durg pergi KL semalam tp disbbkan aming da jth sakit durg pun cancel flight n burn tiket..mujurlah tket tu murah..malam tu aku sorg jaga aming durg yg len da blk..jam 10 mlm aku nk g solat, aku trn bawa bw hset aming tkt2 nati uncle pet call, doc ada gtau kul 9 operate tp smpai kul 10 xdipanggil lg so aku pn trn je la..pas solat aku cari kedai nk bli mknn 4 sahur..aku xde slera nk beli masa buka posa tadi...hampehnya kedai plak tutup..aku pun nek blk tgk aming da xde kat katil..nmpak tudung n cekak rambut dia aku agak msti da kena bawa g OR, pas2 seorg nurse gtaw aku..so ak pun duk lek je kat kursi..then ntah kul brapa ak tertido..tb2 de sorg kejutkan aku..dia kata jom kita p amik dia..mean amik aming...aik ak pelik pesal plakla ajk pnjg nurse len xde ker..aku tgk masa tue kul 2 pagi..waduh lmnye amng kat OR..dlm keadaan mamai aku ikut je la nurse tu dia senyum je tgk aku..kuang asam tawla tudung aku da x betul..aku pun bershkn muka jap then kuar dari wad..masa tu aku toleh tgk nurse tue..aik mcm kenal..then aku trus tya U ni RIDMA kan..dia angguk heran..aku ckp lg RIDMA MADGUIL kan..tu dia siap nama bapa dia aku sebut ..dia trus tnya..aik cmne kenal nie? masa kat lift aku just sebut SMP...owh dia da lupa tp aku still ingt..aku class berlianz dia class delima, masa aku stdy Ekonomi n Akaun dulu ak slalu join class durg coz class durg mmg class eko, sdgkan class aku class SC Tulen. then dia tya ak batch Yuhana ker..dia kata yana ada prktikal kat c2 ritu..owh aku angguk..aku taw bdk class ak de 3 org jadi mik medic, Yana, Sis n Arni tp arni da cont master n tkar bidg plak...yg da jd doc bdk 2 org tu la..sembg2 akhirnya kmi smpy tgkat 3, berat gila mkck ak masa kami angkt..giler ar..mcm ak plak nurse..huhuhu..setel semua aku cont tdo jam 4 aku bgn sahur..xde mknn berat aku just sahur dgn air soya n buah anggur..Alhamdulillah x rasa lapar lgsung coz aku ykin i2lah rezki yg Allah bg utk aku pg tue...tghari ramai da owg jenguk aming, aming pun dah ok..sepanjg masa my family asyik tya aku je mcm2..smpai full msg, n bis kdt aku..mujur ak da sedia beli topup..aku terkilan coz ade 2 org family yg endah x endah je ngan aming..sabar je la...ptg tu aku blk ngan ana coz bdk2 hostel da blk n ak tkr syif ngan nina..huhuuu

PATAH BALIK & BUKA POSA KAT BALAI POLIS

Kisah ketiga baru berlaku semalam, aku duk smalamn kat umah Ana b4 blk kg, aming SMS aku minta aku stay umah dia coz dia dah kuar wad, tp ak xdpt coz de class ri isnin nie..so ptg smlm kami bercdg blk kg. Jam 4 ptg kami bertolak, singgah beli juadah kat Kem Lok Kawi, mcm2 ada, mcm2 org, betapa dunia nie mmg kecik, tb2 aku trjumpa ngan Rai..MPP unisza..rupa2nye durg de program kat UMS..sempt gakla aku tya prkmbgn unisza n anak2 borneo..lps bli ktowg bajet buka posa kat dlm keta je..keta Naza Citra Ana yg dipandu uncle meluncur laju melalui Kinarut then bukit Melinsung then kat Pengalat Kecil hampir Pekan Papar, tetiba uncle dpt call dari balai suh wat observation n excort Datuk Yong Teck Lee de wat program. masa tu dah kul 5.55 ptg, n la budda kami pun pth blik..sampai kat balai polis TG.ARU da time buka posa pe lg kitowg mknla juada buka posa yg kitowg beli kat Lok Kawi td...hampeh..kul 12 tgh mlm baru blk kg, Alhamdulillah smpai kampg kul 1.45am...

byk lgi kisah len tp antranya nila yg berlaku...selam 3 ari ak xdpt trawih berjemaah..InsyAllah malam nie ak kembali beribadah kepada Allah..rindu sgt nk solat berjemaah...rindu moreh bersama2.. jom beribadah..:-)

p/s aku sgt rindu berpuasa di Kampus bersama teman2....


Selasa, 26 Julai 2011

Oversea : Brunei or UK????

Bertemu kembali...napa ea titleku pasal brunei and uk..actually baru2 ini aku rasa terpanggil untuk melanjutkan pengajian peringkat master. ternyata Allah menutup hatiku untuk meneruskan impian menjadi journalist..pelbagai problem mengenai resume..mungkin ada hikmah disebaliknya.. ya sapa tau kan..hari sabtu yg lepas aku berbicara soal mlnjutkn pgajian ini bersama my aunty..ku kira aku sudah tidak perlu lg meminta kbnaran mahupun penjelasan kerana aku telah dewasa..ayat xbleh blah..hahahaha

lantaran keinginan aku utk melihat salji, menikmati keindahan musim bunga dan pelbagai lagi kenikmatan ciptaan Tuhan yg mmberi keinsafan kepada hambaNya yg beriman aku terfikir utk ke UK ke suatu universiti yg agak asing bagiku. University of Edinburgh UK, tiba2 aku teringin ke situ, aku lalu mensearch lmn web u ini, ternyata program postgraduate utk pgajian Islam ada ditwrkan,lantas aku terfikir utk melihat buku Panduan Unisza yg baru sahaja aku keluarkan dari Kotak..opps..aku tgk de sorg lect FKI mik MA kat situ..ustaz Safri Ali lect Usuludin yg masih lgi cuti belajar skg nie..alangkah..jika diberi peluang konvo nati aku nak berjmpa ngan ustaz nie nak tya pelbagai persoalan ttg study kat c2. aku taw nak cont stdy c2 kena mik IELTS dulu, then CGPA msti 3.5..aku? ehmm IELTS pun aku lum mik lg, cgpa bolehla..tp ptg sabtu my aunty kata nak mik IELTS kena byr rm500..mak aih..lalu dia mncdgkan aku cont study kat University Brunei Darussalam, kat c2 International student dapat elaun bulanan sbyk 1,500 dollar..lalu aku serch lg lmn web UBD tu..emm mmg twrn MA ada tp lbh kpd sej. Justeru aku terfikir nk wat research pasal apa ya kalu berkaitan sej...





untuk memasuki Universiti ini aku (bgku yg Malaysian Citizen) perlukan yg dibwh ini..arggghhhh


utk memenuhi Qualification U tersbt aku perlu score 6.0...fuh!!!



Ya Rabbi..aku benar2 keliru saat2 ini..aku teringin nk belajar lg..kerinduan dan smgt utk study tu x pernah pudar...sehingga kini aku hanya mampu berdoa..berharap dpt memilih yg terbaik..aku bukan sorg yg mampu memberi keputusan tp biarlah kali ini keputusan itu berlandaskan akal yg waras demi keredhaan Ilahi...aku hanya berserah pada Allah..



p/s sebenarnya aku ingin mencuba sesuatu yg mencabar dan luar biasa..

Jumaat, 22 Julai 2011

**nOvel Bumi Cinta Karya Habiburahman dan air mataku yg tumpah**


novel ini dah dipasarkan tahun lepas lg tapi aku baru je baca after my aunty bg br2 nie, aku rasa novel nie agak payah nak wat Film coz terlalu complicated, kalu ada pun pasti memrlukan kos yg tinggi even maybe jln citenya dah x sama mcm kat novel ni.


For the first time aku tertarik dan terpesona untuk membaca novel ini, aku bukanlah seorg yg gemar baca novel, biasanya aku akan baca chapter first then lompat tgk ending dia..tp berlainan sunggguh dgn novel ini, aku jadi begitu tekun menghabiskan pembacaan aku. walaupun mangambil masa 3 hari tapi aku puas hati..menarik sangat..mungkin org lain akan kata biasa je tp tidak bg aku, novel nie betul2 membantu aku, hampir setiap page yg aku baca akan menyebbkan airmata aku menitis...tuu diaaaa..aku baca penuh feel..sampai aku terasa aku da berada kat Moscow..

novel ini mengisahkan tentang Muhammad Ayyas anak indonesia graduan lulusan agama di Madinah dan menymbung pengajian di India dtg ke Rusia untuk membuat Kajian berkaitan dengan Sejarah Islam di Rusia pada Zaman Stalin lalu menetap di apartment di Panvilovsky bersama 2 org teman serumah yg berlainan jantina dan bangsa. Imannya hampir goyah apabila terlalu byk dugaan menginap seapartment bersama 2 org wanita Rusia yg memang terkenal cantik, Yelena yg tidak mengakui kewujudan Tuhan dan Linor yg penuh berahsia. ditambah pula kecantikan Anastasia Palazzo pembimbingnya sepanjang berada di MGU...Ayyas berusaha mempertahankan imannya walau difitnah dan pelbagai dugaan melanda. bahkan kedatangan Ayyas berjaya mengubah pendirian rakan seapartmentnye sehingga masing2 menemui jln kebnaran...kepatuhan dan ketaatan Ayyas sehingga terlepas Subuh dia menangis teresak2 membuatkan aku terasa amat hina, ya seringkali aku terlepas Subuh tp slumber je ganti ( qadho) pada waktu lain tanpa ada perasaan takut, tp Ayyas bersungguh memohon ampun pada Allah..

ketekadan Ayyas untuk meruntuhkan nafsunya dgn akal yg waras dan keimanan yg kuat selepas disentuh oleh perempuan bukan muhrimnya membuat aku terkesima seketika, aku selama hayat ini tanpa rasa bersalah bersentuhan dgn lelaki bukan muhrim walaupun sekadar bersalam tgn dgn bapa saudara, jiran tetangga dan teman2. baru kini aku terasa penyesalan amat. aku rasa aku hina sgt, sedgkan si Ayyas berusaha utk tidak melakukan kemaksiatan pada setiap hari yg dilalui...

satu ayat yg aku xkan lupa hingga kini " ketika pagi datang, org yg lalai akan berfikir apa yg harus dikerjakannya,sedangkan org yg berakal akan berfikir apa yg dilakukan Allah kepadanya" petikan kata2 Ibn Athaillah...

terima ksh kang Abik (Habiburahman El Shirazy) kerana menulis karya yg benar2 membuat hati basah mengingati Pencipta...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih meberi peluang untuk menginsafi setiap perkara buruk yg kulakukan..Allahuakbar...


p/s ehm sapakah hamba Allah dr Russian Federation yg slalu mgintai2 blog nie...i wonder who?
,

Jumaat, 8 Julai 2011

--Tutor and Journalist--

batah bana tah pulang aku inda menulis ani...aduhhh..a little bit broken Brunei language...

nway.. changes?..aku still ashikin, cuma aku bukan mcm dulu lagi..e'eh cmne plak...maybe perubahan yg sedikit je..tp ku kira ia hijrahku yg paling mencbr skali..


ok..gn..the first story..for the period aku duk kat kg nie jrg skali kuar umah..pergi umah Jiran? ehmm kalu perlu je pergi..ptg2 main badminton n u know we (aku n fifie ) bukak grai warung...kami dah jd ckp buka n psg khemah nie...huhu..bijak berniagala katakan..amik peluang..but bkn itu aku nk story..aku dpt twrn kerja Tutor bahasa Arab kat UMS kbtln mkck aku yg syorkan kat Penyelaras Bahasa Tu kat PPIB..so aku pun p jmpa dia..well he's my ex ustaz kat SMALL dulu n actually dia pnah rotan aku gara2 escape pas PMR dulu..huhu kisah dulo2...huhu..Alhamdulillah segalanya berjln lncr masa sesi temuramah opps bukan temuduga ea..coz lbh byk sembang drpd bersoal jwb..hahaha cuma Pengmbilan student yg dftar Kursus B.A nie sikit je utk sem 1 sesi sept 2011 nie, so yg byknye ialah masa sem 2 t bln mac taun dpn. so gliran aku ngajo ialah bln Mac t coz utk bln sept nie dah ada lect tetap. aku bukan lect ttp coz x mik MA lg..ustaz tuh suh aku mik MA n dia sggup jd supervisor aku utk aku dpt jd lect ttp PPIB UMS..no hallah tu tp yg jd halnya aku xde witla nk smbg terus nie..bek aku keja dulu..so dats whyla aku niaga..



second story, aku tgk iklan jwtn kosong baru2 nie...tiba2 aku terbaca satu iklan ttg jwtn JOURNALIST, qualification dea senang je utk bdk lpasan SPM kalu ijazah tu lagi bagus, good command in English and Malay, kalu de bhs len tue dia pertmbgkan.yg pntg minat menulis, membaca, berani bertemu ramai org, sanggup keja OT,sanggup menjelajah sana sini. well syarikat ni namaya INSIGHT SABAH (tHe SabahN Voice)ehmm sbnrnye die nia ala2 berita harian lah. so jd journalist ni mksdnye cari bhn berita n then tulis n terbitkan. ala2 wartawan. sebnrnye aku nie bknnye suke brtemu people tp demi kerjaya and masa depan aku sanggup..ceh..ceh.. lgpun dorg de sediakan latihan OJT.. so aku pun mula mencbr diri dgn memohonnya..lantaklah pe org nk kata...interviewnye bln ogos t coz due date 31 July...

aku harap sangat dapat...biarlah org pelik tgk seorg graduan dakwah pergi bidang penulisan akhbar lak...opps..akhbar on9 lah..kpd sapa yg terbaca blog aku nie doa2lah aku dpt ye...semoga aku dpt lepas interviewnye..maybe interview in English...Ya Allah Engkau permudahkanlah..Amin


p/s ketaq lutut berdepan penemuduga...kena baca ayat pengasih nie mcm c itah mgadap mama..huhuhu

Jumaat, 24 Jun 2011

**panggilan sayang=panggilan Agung**

A : "weh kau tahu tak boyfriend aku call aku 3 kali sehari,love of my life (sambil buat muka minta kaki)"
B : "oh really? lover aku call aku 5 kali sehari (muka bangga)
A : Bestnya,banyak credit lover kau?.
B : taklah ni connection wire-less
A : (muka tak puas hati) hmm.. pukul berapa dia call?
B : SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYA'. Nak romantik aku pulak call DIA pukul 2-3 pagi macam tu. Masa Dhuha pun ada.


p/s: rasa2nye kita lebih ingtkan Allah atau BF kite? Renung2kn

Jumaat, 10 Jun 2011

---jiwaku tersentuh melihatnya---

aku sang pemimpi..ehmm boleh diibaratkan demikian..setelah sekian lama aku cuma bercita2 tapi cita2 itu hanya sedikit yang kesampaian..masih byk yg belum tercapai..ehmm x taw arr smpat ke x..

kelmarin aku begitu meluat dgn Sinetron dari seberang yang banyak mempamerkan kebodohan manusia yg dianggap mulia dan baik hati..

hari ini aku begitu teruja melihat filem yg kurasakan boleh memberi kesedaran pada sesiapa sahaja yg menontonnya.

oppss..sbnrnya ketika aku begitu leka mengomel ttg kejelikkan sinetron2 Indon nie..aku terlupa masih ada filem2 yg mempunyai nilai2 positif bahkan mendorong para penonton untuk menghayati nilai2 hidup dengan melakukan aktivit berfaedah..(owh apabila c along mengeluarkan ayat2 skemanya..)waduhhh...

ok nak taw..(opss kmbali normal..erkk normal ker?)gnie..aku tgk cite nie kat ABO..pakej yg km lggan dlm tempoh sbulan cite yg sama..cite nie ditygkan utk bulan JUNE..

SANG PEMIMPI tajuknya mngishkan ttg IKAL,ARAI & JIMBRON..sebenarnya cite nie kesinambungan dari cite LASKAR PELANGI..hai..mls nak bgtaw sinopsis kat cn..

tp cite nie boleh menitiskan air mata kalu menghayatinya..ya aku ada gak menitiskan air mata masa tgk mula2 ri tu..cite dah lama tp aku br tgk..besakla br skrg (time menganggur nie) bley rileks tgk mcm2 cite...tp cite nie mmg bgs coz bley bg smgt kat sapa memahaminya..



cite LASKAR PELANGI yg adaptasi dari Novel





SANG PEMIMPI kesinambungan dari LASKAR PELANGI dari Novel gak


sama seperti yg kukatakan kelmarin kalu tgk cite bukan utk seronok semata2 tp amik mesej yg tersirat..semoga ia dpt memberi sumber inspirasi dlm kehidupan kita seharian..



p/s teruja tgk si ARAI tu bila besar rupa2nya ARIEL PETERPAN: emm ARAI paling pintar antara mereka bertiga

Khamis, 9 Jun 2011

:: Indo vs Malay (aku ttp dgn pilihanku)

Arggghhh aku duk kat rumah ni mcm duk kat Indonesia je. pagi petang siang mlm asyik tgk drama Indonesia je..smpai aku pun terikut2 ckp Indon kdg2 tue...cmne tu?

mana taknye pukul 1 ptg my Mom duk dpn TV tgk cite Safa&Marwah (cite yg aku bengang & bosan giler coz cite yg mempamerkan kebodohan mereka)ehmmm...

setelah berehat selama 3 jam my Mom kembali semula di depan TV tgk cite Kemilau Cinta Karmila (drama air mata yg meluat benar aku tgk)..ehmm sabo je la...

then pukul 6.30 ptg after main badminton bersama adik2 ku..drama Cinta Melody plak disiarkan so my Mom kembali mghadap TV bersama2 Mak KK & pak Mat..pada mulanya aku suke tgk cite nie..tp lama2 aku jadi bosan...

niela cite2 yg jd kgmaran mrk kat umah nie..dan aku..emm nak taw aku suka sgt tgk cite JUVANA kat TV3 setiap Isnin..so interesting..then cite KITAB CINTA kat TV Alhijrah..best gak coz aku mmg minat lakonan Fazura..oh ya lg st cite NORA ELINA kat TV3 pun aku suke gak..coz Siti Saleha jd watak utama..lain2 ak x mnat paling aku suka tgk CH HBO,STAR MOVIE, CINEMAX & AXN..smpai2 durg kat umah nie da asyik tnya napa aku suka tgk cite omputih(coz aku xnak chnel tue dibuang even hrganya lg mhl dr chnel lain)..bknla aku suka sgt tp kalu da bosan ngan lambakan Sinetron dr Indon aku layanla cite omputih..lg best...xpyh ssh2 g pawagam tgk cite2 tue..huhuhhu

yg anehnya my mom n the others nie lbh suka ngan cite2 dr sbrg berbanding drama2 Melayu..tp apa yg km bersatu semua...ehmm IMAM MUDA..hah thats reality show yg paling menambat hati kami sekeluarga ..Alhamdulillah..for the first time aku tgk nie..mujur belum terlewat...besstttttt..


Ni Sinetron yg my mom minat giler kul 4 ptg kat Astro Prima



Dan nie plak Drama Melayu yg aku minat giler setiap Isnin kul 9pm TV3

Pape pun tgk cite bukan utk berseronok semata2 tp yg penting tgk apa yg tersirat sebaliknya..amik mesej yg tersirat tue..fikir2kan dan renung2kan...

p/s ms aku tgk TV jgn kaco or ajak berbual coz mmg xkan dilayan..hrp maaf

Rabu, 1 Jun 2011

------BuLaN jUNE Dah Tiba-------

mls nak update?...biasakla tue..waduh bln jun uda tiba..means?..

mksdnya ini bulan aku..bln tua kok..ya gtu la bila usia mkin meningkat..

aku paling bosan bila owg asyik tya bla kawen...

weii..ingt kawen tue shri dua je ke?

weii..ingt kawen tu mcm jual beli?

weii..ingt kawen tue mcm pampers pakai buang..even pampers pun ssh nk bli taw...
......ingt cam lagu stacy tue pakai buang...i2 pown payah nk download taw law xda tenet...

weii..ingt kawen tue seposen je blnja nye..krn seposen tue ley wat owg yg nk kencing ley trkucil taw dpt pnjaga toilet kalu x ckp wit taw..waduhhh

apakah sempitynye otak manusia2 nie...

that's whyla rmai yg cerai muda2 lg...mslh kwgn la...kalu dia tue doktor ke, engineer ke, lawyer or any professional job..or jutawan muda xpe arrr...silakan kawen awal...

tp kalu stkt gaji seciput yg ibarat kais2 kaki ayam..nk tgung diri pun x mampu pe lg nk tgung ank bini..sori 2 say..anda masih belum layak..tkot2 t da kawen tmbah seksa plak..

sabar..kan Rasulullah da pesan kalu x mampu kawen berpuasa lah...belum thp wajib selagi mampu mempertahankan diri dari jatuh ke lembah kemaksiatan...

betol owg kata bgsla kawen awal elak zina...silakanla bg yg brkmmpuan..tp bg yg msh di bwh tgungan or masih di bwh ketiak mak ayah..plez dong...jgn seksa diri apa lagi mau seksa anak org...t kat akhirat sapa yg dipertanggungjwb....so kpd mkck pkck yg de ank remaja tue jg molek deh...kuatkan dgn ilmu agama...kakak2..abg2..melentur buluh biar dr rebungnye..

so..for me yg still mengnggur n hanya bisnes kecilan nie..buat thn ini belum terbuka lagi pintu hati nak kawen..rezeki n jodoh di tgn Tuhan...

mujurla si dia memahami..kerana kami sama2 belum bersedia...huuhuhuhu..

soooo..plez dong..jgn tnya2 bila aku nak kwin..trserah gue deh..apa kamu ssh ka kalu aku x kawen lg...aaaaaaaaaaaaaadaaaaaaaa akueeeeee kesssssssssaaaaaaaaaaaaah.....

Selasa, 24 Mei 2011

SeTeLaH PeLBaGai rINtANGAN dILAluI tEntaNG dIA yG bRNM "teSIs"tENSION + PrESsUrE ker AkU? Part 2

Masih belum telat kok utkku bercerita tentang dia…ya dia yg bernama tesis…hari itu..hari pghntrn tesis telah berlalu..Alhamdulillah selamat sudah dihantar even aku dah taw brp yg musyrif ksygnku bg kat usaha tesis aku tue..emmm x kisahlah janji da setel…waittttt…setel??..

Begini ceritanya…

Dua hari b4 aku blk..aku blk bile ek..oh ya 10 hb..so 8hb tue kitaowg de meeting ngan musyrif..ciap kn bw tesis msg2…so..rp2nya ustazah nak tesis kitaowg yg da siap tue di publishkan kat PTS..apalagi nie..aduhh..then ustazh nk kitaowg wat Bab dlm Buku..sbyk 60-70 page..gtu2la…lbey krg cam tesis Cuma wat ringkasan..submit 29 may…aduhh tggal 6 ary lg nie..gimana..xnmpak bygn apatah lg mimpi..hahaha
I2 st hal..then yg kedua kami kena soh wat BUKU lak terbit kat PTS…submit bln ogos t..lmbt lg tp bg manusia yg suka brtangguh cam aku nie..aduuhhh..agak2 aku kn wat siap2..tp kmlsn tu besala…huhu

Dlm tmpoh cuti ..err cuti yek..emmm boleyla..cuba sedaya upaya setelkan..apa pun mggu nie br nk Jilid tesis..nk submit kat BKNS..Rm500 tue sapa xnak..ijan da setel Jilid td..cdg nk sbmit sm2 dis week..oh ya utk Penerbitan tesis2 kami nie jd Buku t InsyAllah kami dpt gakla Royalti utk setiap yg diterbitkan..hope berbaloi ngan usaha kami..setakat nie aku x pergi blk kat Ranau utk kajian lanjutn..ustazah kata ley wat tambahan tp aku x lrtla..rujuk internet je la..lgpun utk yg nie ruj internet diterima…no hal..

Tp x mgapalah..setelah pelbagai halangan cabaran dan rintangan yg dilalui setakat ini…dia yg bernama tesis nie dpt mrptkan ukhuwah kami anak2 tesis ustazah Zuriati n yg plg pntg pengalaman tue..nie entry ke2 ttg dia yg brnama tesis..nantikan seterusnya..…perjuangan belum selesai..tp ia br sahaja bermula..semoga dipermudahkan segalanya oleh Allah..Amin

Khamis, 21 April 2011

"Aku Sudah Bertunang"

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Isnin, 18 April 2011

SeTeLaH PeLBaGai rINtANGAN dILAluI tEntaNG dIA yG bRNM "teSIs"tENSION + PrESsUrE ker AkU? part 1

hari ini...pagi 2 rasa berdebar..kuteringat pesan ******...ah..aku ketepikan semuanya adalah ketentuan Allah..ajal maut di tgn Tuhan...Dia yang maha menentukan...

tapi hari ini..perassan debar+hepi..pagi2 msg ustazah Zuriati..berharap dapat draft yg da di sbmit tempoh hari..ustazah msg jumpa kul 3..alangkah...hepi sangat..setelah penantian yang menyeksakan..

tepat pukul 3 aku n Zida tiba kat bilik ustazah ...ustazah kat luar dia suh kitorg g msk je blk dia..for a while...just a sec we were wtng our supervisor..then ustazah masuk..

tiba-tiba ustazah ley tanya "ye ada ape nk jmpa saya"...gisssshhh...oh my god...masa tue aty aku da x sodap..zida too...then zida pun ckp dgn tergagap "err draft kami ustazah.."....taw tak ustazah kata pe...dia kata ...قالت: "belum lagi...belum siap cek"..dupp..jntg aku rasa nk tercbt bila dengar beliau ckp g2...

punyerla kitorg excited ingat td ley dpt balik draft ley gak settlekan segera..so xde la study week trganggu lgpun aku da wat jadual study..nekad sem last nie nk wat yg terbek..but...setelah itu..huar2...kami tunjuk pe yg kami x tnjuk lg kat ustazah...then ustazah betul2kan...

then ustazah pesan kat kitorg bgtau Salwa, Suha n Raihan segera anto draft..ustazah da potong markah durg..tetiba suha datang anto draft..Alhamdulillah..tp..ustazah ckp dia da potong mrkah dah sbb lewat..syukur kami anto last week..tapi draft kami x ley mik lagi..waduhhh...

now..mcm2 perasaan, teringat bgaimana kesusahan masa mula2 wat tesis dulu..masa g jumpa paderi..serbu church mana2 smpai sesat n almost accident..masa edar Questionnare..2 kali edar tue..ingat kesusahan masa tu aku jadi geram kat ustazah ..betapa kwn2 lain senang je lepas...ada yang da anto..tyhah yg submit draft bulan lpas br dpt anto td..terkadang ketelitian ustazah merimaskan aku...terasa pressure tahap cipan...dan menitis juga airmata ini..

lalu, aku dengan pasrah hanya mampu berdoa pada Allah..sapa lagi yg boleh tulung saat ini melainkan Allah..semoga sentiasa diberi jalan keluar dan dipermudahkan... sekarang aku da x amik kesah sgt pasal tesis..berdoa moga segalanya lancar 20hb nati..ustazah bgtau tarikh last ari khmis..ustazah mls nk ckp ngan student coz tkt lwt lagi kang budak2 nie anto..well..

sekarang...aku nak ubah jadual study aku...aku akan pastikan aku abis study semua topik fiqh Muqaran, fiqh muasir dan gerakan Islam. yg pasti wat masa ni till dpt msg dari ustazah aku x kan pedulikan hal tesis...wat masa nie gak hope2 xde sapa ganggu aku even "him"...sebarang panggilan darinya xkan dilayan (emm mmg dr dulu lg kot: aku x suka ckp tepon) huhuhu...

nie de la nukilan part 1..nantikan entry akan dtg...semuanya tentang dia yg bernama "tesis" pressure n tension..biasakla tue..tp akukan tabah bak kata zida...huhuhu

kini ku ketahui..ujian adalah tarbiah dari Allah apakah kita kan sabar atau sebaliknya...moga2 aku jadi org yg sabar...

Sabtu, 16 April 2011

keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
NASIHATLAH MANUSIA WALAU KAU SEORANG PENDOSA

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب # فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:

“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

Sabtu, 2 April 2011

SaTu Hari UnTuK tESiS ...emm..CuKUp kE?

aku dah rancg hari ini aku peruntukkan utk wat tesis...tapi jari ini tetap lalai dan leka menconteng di blog ii mahu pun di FB... biasala x sah kalu x on9...

tesis aku tajuknya "Metod Penyebaran Ajaran Kristian di Daerah Ranau"..hanya tggal seminggu stgh kot b4 submit 17 April nie..begitu cpt masa berlalu..i'm pressure tp wat bodo je..dlm aty..Ya Allah...

menyesal coz b4 diz byk masa terbuang..tp skg bkn masa nk menangis penyesalan..skg ialah masa utk DO IT!! ATUR STRATEGI bagaimana nak settle kannya..dan aku sentiasa yakin ada jln penyelesaian..

cuma 3 credit hour but ia menntukan bila abis t kami ley grade atau x...di saat ini tiada daya melainkan mengharap bantuan dari Ilahi...

hari ini...

netbook yg setia berkhidmat


fail bhn2 tesis yg didapati dr Jurnal2 n buku2 yg xley pjm


buku2 rujukan bley pjm

1.Gerakan Agama Kristian di Malaysia (Prof Dr Muda @Ismail Abd Rahman)
2. Kristianisasi Sebagai Sebuah Gerakan (Dr. Ghazali Basri)
3. Christianity In Malaysia (Robert Hunt, et.al)
4. Gerakan Gereja Katolik di Malaysia (Prof Dr Muda @Ismail Abd Rahman)
5. Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun (Suraya Sintang)
6. Gerakan Kristian ( Dr. Ghazali Basri)
7. Kristian di Sabah 1881-1994 (Mat Zin Mat Kib)


rujukan paling Utama dari Musyrif
(ni tesis ustazah Zuriati masA mik Master kat UIA dulu) Comparative Religion lbh krg cam aku pyer tajuk...syukran sgt ustazah bg pinjam tesis die...

tak tau bila siap nie..tp yg pasti skg nie ngah pulun...berusaha slagi terdaya..dan nmpknye mlm nie stay up...setiap mslh de jln penyelesaian...semoga segalanya berjln lncar...Amin....

Jumaat, 1 April 2011



Assalamualaikum...emm agak lama juga aku x mengupdate blog nie..

ketandusan idea dan kesuntukan masa..sememangnya sukar utk cari masa terluang sem ni..erk..ye ke..

begini ceritanya..opps..aku kan penglipur lara..perlu bercerita..

seminggu yang lepas kami di arahkan oleh Pihak HEPA pergi Kem Kebolehpasaran Graduan kat Kem Latihan Belukar Bukit kat Hulu Terengganu..

alangkah...kamu semua terkejut dgn arahan mendadak itu, dan sememngnya kami semua xnak pergi.

so..kami cuba berunding dgn pihak HEPA..kami akui ksilapan kami tak maklum awal2 kat HEPA yg kami de hal mggu tu..x bley nak join...

akhirnya kami akur..kami pun pergi kem tue..asalnya kami ingt kem BTN (aku da bosan join Kem BTN since Secondary School lg)..

tp sebenarnya mmg kem yg melatih kami semua utk berani berinteraksi sng cite melatih diri kami dgn kmhiran softskill...

batch yg pergi ialah:

1. BAC SEM 2 (FPPP)
2. BA.BIO SEM 6 (FBP)
3. BA.DAKWAH SEM 6 (FKI)

Kami dibahgikan dgn 8 groups.. aku duk kat group 4, brsama2 ayie(bac2),ayu(bac2),aisha(bio6),ct(bac2),ika(bac2),susan(bio6),sal(bac2) dan jihah(bio6)dan aku sorg FKI. fasi kami ialah cikgu Rahim (CAD)

Dlm group aku susan sorg je non muslim..ms sesi taaruf dia siap bgtaw yg dia bkn Kristian tp dia Buddha..emm mybe tkt kitaowg slh anggp kowt..tp wateverla..aku kwn ngan smua owg x kira muslim or non muslim..n susan ni duk sblh katil je dgn aku...oklah...kwn2 aku yg len pun ok ngan bdk2 non muslim ni..(susan, connie, juana, vivian)

gmbr tula utan yang kami redah masa kembara...budak2 nie kecoh dgn pacat..tp Alhamdulillah pacat tu x plak hisap darah aku...

ada satu kngn yg aku xkan lupa, masa kembara mlm..kami semua dilepaskan berjln blk ke hostel sorg diri..dlm perjlnn mstilah bnyk yg menganggu..

apalagi..fasi2 kami berlakon jd hantu tgh jln..jd pocong, hantu bungkus..waduh..

masa aku lalu kat bukit tu..tiba2 aku nmpk de pocong berdiri sblh kiri aku..aku taw tu manusia n fasi2 kami yg nk mnyakat tp masa tue..perasaan trkejut mguasai so apalagi aku pun cabutla..hahaha..tp pocong berlakon tu bley plak kejar aku..ish2..aku dah geram..smpai bwh bkt pocong tiruan tu stop kejar..tp de plak antu bungkus tiruan..aku wat slumber je..tiba2 antu tu nk trk kaki aku..ish.. aku pun cptkn lgkah..antu2 lain aku x peduli coz durg x kaco just tgk je dr tepi...

agak cpt gakla aku smpai kat Dataran...tp aku ingt de sorg kwn aku sal(bac2) dia ley trk kain pocong tu gara2 gram pocong tu asyik kaco dia...hahaha..respectla..brani...

bnyak yang aku n kwn2 dpt drpd program nie..mmg asalnya kami da su'u zann ngan program nie..tp Alhamdulillah selepas join aku rasa ada satu kuasa dn kekuatan yg menyerap dlm diri aku..

aku rasa keyakinan semakin bertambah...seronok dpt kenal dgn kwn2 yg slm ini x pnah tahu...

seronok coz dapat tgk pemndgn paling indah ciptaan Tuhan (air sungai, air terjun yg jernih sejernih jernihnya)..berkenalan dgn pacat...

satu hal yg paling penting..perkhidmatan kita sbg da'i sentiasa diperlukan di mana2...contoh?..

masa trn surau de sesi kuliah bersama Ustaz Rosdi...ntah knapa ustaz Rosdi suka bertnya2 mcm..yg jd sasaran plajar Dakwah lah..Alhamdulillah kami semua dpt menjawab segala persoalan yg timbul..

sedikit kekecewaan apabila ada kalangan student FKI yg xjoin program alasan kaki melecet tp sbnrnya takut pacat..plzla..pacat tu mkhluk Tuhan yg x berakal, kita sbg yg berakal ni cubalah berani mghadapinya..kecik je kot...

lebih sedey bila ada kwn2 sklas yg lgsung xnak pergi Kem nie..asalnya kami pun gtu gak, tp bila da join br taw kemanisannya..

so awal2 aku nk kata" don't judge a book by It's Cover" baca dulu, fahami dn hayati dulu br taw hikmah disebaliknya..

apa2 pun mgkin inilah program terakhir yg aku n kwn2 dpt join sblm kaki ini melangkah pergi meninggalkan bumi UniSZA...sesungguhnya aku berbangga mmpunyai roomate yang join skali program nie(smpy nangis2 lg time berpisah ritu)...skurg2nya pglmn ini dpt dinikmati bersama..

semoga kngn ini dpt merapatkan lagi Ukhuwah....InsyaAllah..

Jumaat, 11 Mac 2011

kesakitan adalah penawar segala dosa

ntah napa sejak akhir2 ni slalu pening2...

penyakit lama dtg lg..setelah skian lama..

skg ngah duduk bgini pun rasa cam x stabil je..

lbh kurg cam pnyakit Dr Basri plak..tp sakit dia lg dsyat kowt..gara2 sntiasa mngadap laptop & menulis buku..

tapi aku..ya maybe aku png ni sbb trlalu byk mgadap laptop..

terlalu sibuk mnyiapkan tesis..waduhh...

skg nie pun trase lg tp aku diamkn je la..utk apa kecoh2 tp tringin gak st ari nati nk p Homeopati..

sebenarnya sgl ksakitan adalah kurniaan Allah. jika x sakit bilakah waktunya kita memohon kpd Allah agar diberikan kesihatan..kerana suda pasti kbykn kita alpa dan lalai dr mengingati Nya tika senang, sihat dan kaya...

so..sakit itu benar pnyembuh kpd dosa...

semoga saya diberikan kesihatan yang baik utk meneruskan perjuangan sbg Khalifah Allah di muka bumi ini...amin..

Ahad, 6 Mac 2011

krisis air HBBH vs pindah Blok

Today…4/3/2011..waduh2 mcm2 hal dlm minggu nie..ari ni de tasmik ngan ustaz Atarahim kat Musollah Habibah. Ari ni aku baca yg keenam..aku,kid,wina n aishah. Alhamdulillah lepas tp stlh ustaz membebel cket.huhu…ok nk tau minggu ni mmg cbrn tul la bagi kami yg duk kat Blok Habibah tercinta nie…2/3/2011..mlm de prjmpaan ngan en.Pah (EN.Muzaffar) aku knal dia, even aku de mik video dia main Golf anjuran Kor kami dulu. Ok nk dijadikn cite..perjmpaan ni adalh dsbbkn mslh air yang mlanda blok kami ni brtahun2 n berkurun2 lamanye…someone dr klgn kami sms phk asrama bgtaw mslh nie..x sgka durg amik serius smpai thp kami kena suh pndah blok plak..hei..plezz..kami bukan nk pndah blok kami Cuma nak air..nak air..x phm ke? B4 dis durg da rasuah kami ngan katil n locker baru..skali lagi aku kata kami nak air bukan locker n katil baru…ntah nk ckp bhs pe lg bg durg faham kan…..ish2..ok..jmpa en. Pah ni x slsai mslh gak..then smlm3/3/11(khamis)..spttnya aku hepi coz ri ni de mjlis anugerah dekan..tp ade ssuatu yg mnybbkn aku n the other friends serabut…begini..pagi pg klas f.muqarran ngan aisya coz awer g FKI..smpi dlm klas mus’ab bagi sijil2 bdk2 DL sem lps…ade plak diaa suh aku buka kaunter kat DABS petg t..huhuhu..ah x kshla da jd tggjwb aku..then azizi kecek ngan Ustzh Fatimah, rupanya class cancel..so aku n nana p library cr bhn assignment ideology. Cr bhn kat bhg umum then nek p ats bhgian multimedia jmpa my rumet n zida..ngah belek2 mjlh..kida call zida bgtaw kitowg kn pindah skg..what?...what the ****…punyer laju km p pjbt asrama..then smpy sana terkedu tgk suma kn amik kunci blk baru…aku..dpt blk E5-4/3..X BGS TUH BLK PLG ATS SKALI..nk kms barang lg nie..waduh..aku, awer n nana g beli mknn..actually ak xde selera lgsung..tp mgenangkan my rumet da ajak aku on je la..pada hal..dlm hati rasa nk nangis je..mrh+sedih+geram+kecewa n mcm2 prasaan lg yg aku sendiri x dpt nk tfsrknnya…smpai bilik semua snyap..then ntah kuasa pe aku keluarkan kata2 kesat pada HEPA..rasa bengang je..then p blk air..aik de air plak..aku nngis puas2 kat sink…xtaw nk kata cmne..dlm hati aku merayu pada Allah agar diberi kekuatan. Masa mkn kitorg senyap je..then tati call awer..dia kata kak kid n kak raudhah xnk pndah. Aku then call kida, then spakat semua xnk pndah n pulangkan kunci blk baru yg x smpat aku jenguk pun lg. hahaha..Alhamdulillah syukur sangat..sbnrnye aku xley brpisah ngan blk aku ni w/p blok ni kira blok terburuk yg pnah aku huni sepanjang duk kat cn. Ptg, kul 2 aku g dabs..de mjlis angerah dekan. Ku kira inila yg tersuram ..mjlis sblm2 ni rasanya meriah lg. xtaw r nape… duk kat DABS smpi letih coz mik gmbr sama2..aku pond a x taw kamera sapa..da banyk kamera..mlm kitorg kumpul kat blk Na..bncg ttg problem kat Blok HBBH ni..well sepakat xnk pindah..huhuhu…kida sebagai org tgh antr kami ngan MPP..hope semuanya okey..actually xde la teruk mana duk cn..Cuma biasalah manusia ni suka melatah dengan ujian yang sedikit sahaja…Allah baru ketuk pintu hati hamba Nya sedikit Cuma…ya Cuma sedikit daripada ujian-ujian yg berat tp seringkali kita merungut…melatah dan mengadu…biarla ujian ini menjdi wasilah untuk kita mendekatkan diri pada Allah s.w.t…InsyaAllah

Sabtu, 5 Februari 2011

Aku TaK PerNah BoSaN...

Hari ini aku tiba di destinasi yang sememangnya telah kuhuni selama betahun2...Dan aku tak pernah bosan di sini…

Semalam aku bertolak dari KK jam 9.40 mlm, kali ini aku memang tak sabar2 nak balik kampus..rindu membuak2. pelik, org lain pasti sedih ninggalin keluarga & rumah tapi aku sebaliknya. perasaan gembira amat sangat.

Sebenarnya ada ketenangan di kampus yang tidak kutemui ketika berada di rumah, ada kegembiraan bersama rakan2 yang tidak ada pada ahli keluarga. mungkin kali ini cuma, kerana semuanya telah berubah. aku jadi bosan dengan mereka tetapi aku tak pernah bosan dengan KAMPUS..walau kena mengadap buku dan lecturer yang sama setiap hari tapi aku still go on. keseronokan semasa belajar pasti akan dirindui setelah tamat nanti.

semalam ketika menunggu flight ke AK 5113 ke KL, dalam kebosanan dan keriuhan lautan arus manusia aku terserempak dengan mimi kazen aku yang sama2 duk UniSZA, tak sangka ada teman naik flight sama. my seat no is 27c..arggh 1 more time duduk kat tepi..well aku lebih suka duk kat tepi tingkap coz boring2 ley gak le tgk view dr atas huhuhu..sebelum aku nek flight ada sepasang suami isteri pgkt pakcik n makcik beratur dihdpnku. tiba dlm flight x sgka plak dorg ni duk kat sblh aku. ku kira durg br first time naik flight. pakcik ni peramah sangat. aku x tanyala nama dia siapa, tp dia bgtaw aku yg dia baru je hantar anak dia jadi lecturer kat UMS. owh boleh tahan. tp aku x tnya anak dia lelaki ke perempuan.pkcik ni kata dia dari Kajang. mcm2 dia cerita pasal anak dia, pasal cmne leh mohon jadi lecturer. dia siap bagi kata2 semangat spy bljr rajin2. n lepas grade mohon jd lect kat UMS..hahaha..seperti yg kuharapkanla...InsyaAllah kalu mohon dapat...well 2 jam 45 min penerbangan..aku jd tak selesa setelah telinga aku berdengung.mcm2 cara aku wat tp tak hilang gak, akhirnya aku tiba di LCCT jam 12.30 am dlm keadaan telinga pekak sblh kanan. aku ajak mimi lepak kat surau, kat situ kami tidur skjp. memang sejuk coz xde kapet n hanya beralaskn sejadah kat atas jubin. tapi nak wat camne situ je bley lepak. telinga aku da ilang dengung sedikit demi sedikit, maybe sebab aku selsema so itu yg mnybbkan telinga aku trt terkesan.huhuhu.

pukul 6.00 am kami pergi check in kat kiosk, mudah cket kerja coz xde beg yg aku nk mskkan dlm kargo. semua aku bawa dlm cabin. masa nak masuk ke departure hall, sorg FA tgur aku n suruh tmbang beg aku dulu. alamak...aku dah riso dah, yg boleh msk dlm kabin hnya maksimum 7 kg, smlm aku tmbg kat umah ana adalh dlm 10kg..waduh gi mana ini. sekali dia tmbg 10 kg, tp dia lpskan. ala setakat lebih 3 kg xde apela sgt.huhu.. aku n mimi pergi ke surau nak solat Subuh..rupa2nya mimi xley solat. disbbkn aku xbw telekung, aku pnjm tlekung sorg kakak tu. nsb bek dia pnjmkn. kira baiklah, ada sorg mkcik tu bawa anak, time solat anak dia kaco, kakak tu tlg pegang anak dia. bgs2.. usai solat kami p gate. trserempak ngan bdk BOSS, n sorg junior Dakwah ala x ingt nama tp aku pernah jmpa dia kat corner masa nak minta sijil kat Azira..kira dia kawan azira.

Disbbkan lapar kami p beli roti, then rasanya baru sekejap kami tggalkan gate, skali tgk urg lain dah msk flight. sdgkn kami...Ya Allah..kami hmpir trtggal flight. nsb bek smpat tapi semputnya kami berjln..mana taknya flight Ak 5380 ke TGG BAY nye kat 106 jauh tu...paling hujung..yg aku ni dah berdebar cmne la nanti nak masukkan beg. Sampi dlm flight Alhamdulillah segalanya berjln lancar. aku duk kat seblh 2 org bdk pompuan kukira student gak tp x tau kat Ipt mana, aku da x lrt nk brtegur sapa hanya senyum je..sudah ku bilang budaya bertegur sapa ni memang susah dimulain oleh aku. huhuhu..tiba di airport kami terus ke kaunter teksi..tiba2 ada sorg budak Cina tegur aku, katanye nak balik join aku n mimi,tp dia student UMT, alamak..aku try tnya kat kaunter..kakak tu kata bleh tp nanti byr kat driver. bila smpi kat teksi pkck driver tu kata kena tmbh RM 10 kalu p UMT, budak tu terus x nak. emm berkira gak budak tu. dia kata Rm15 mahal sgt. emmm...maybe dia ngah berjimat kot atau memang x ckp wit.

selamat sampai ke destinasi yang aku tak pernah bosan. sungguh aku rindu sgt dengan kampus padahal cuti seminggu je. tapi kali ini pelik, di rumah kebosanan menjelma tapi di sini aku tak pernah bosan. bahkan keseronokan semakin bertambah. SEMOGA YANG TERAKHIR INI ADALAH YANG TERBAIK...

Khamis, 3 Februari 2011

diam, sepi dan senyap

hari ini..aku lebih rela mendiamkan diri..

bagiku adakalanya diam itu lebih bermakna dari memperkatakan perkara yang tak sepatutnya...
diamnya aku juga bukan bermaksud sombong, tetapi kerana bosan dengan tingkah manusia yang sering alpa dengan kelemahan yang ada pada dirinya...

diamnya aku tidak dikira taqrir kerana aku bukan nabi yang diamnya tanda memperakui sesuatu perkara...tetapi diam aku mempunyai maksud yang lain,
diam aku bererti aku aku benci akan perangai ego manusia, diamnya aku adalah untuk mengelakkan pelbagai musibah terjadi.

sekurun yang lalu aku seorg yang petah malah banyak menyakitkan hati org lain, lantaran itu, hari ini penyakit itu aku tidak ingin ia kembali lagi...menyakiti hati orang bererti hati aku juga sakit. lalu, hari ini, sungguh aku lebih rela mendiamkan diri, sedang aku tahu apa yang berlaku disekelilingku...

aku diam kerana aku dilingkungi oleh mereka yang petah...pedas dalam bertutur perkara sia2...lancar dalam berbahasa bukan2...mengutuk, mengeji, memaki, mengumpat bahkan menghina...
lantas aku diam...sepi itu lebih indah daripada diiringi nyanyian2 kutukan sang syaitan bertopeng manusia...

aku diam lagi...mungkin ada yang kata diamnya aku kerana bodohnya aku..sengal..lurus bendul...skema dan pelbagai lagi tohmahan...

tapi mengertikah kalian orng yang petah bertutur perkara sia2 itu lebih kebodohannya, org yang suka memaki hamun itu lebih kesengalannya, org yang suka mengumpat itu lebih lurus bendulnya sehingga boleh menimbulkan fitnah kerana percaya apa yg org kata dan kemudian disampaikan tanpa bukti kukuh....

mengertikah kalian..skema itu brmksud mengikut syarak..itu ini tidak boleh bukan bermaksud menganiaya...tapi ajaran Rasulullah...bahkan Rasulullah itu sendiri skema.sesiapa yg mgatakan ahli agama org yg skema bermaksud dia telah menghina Rasulullah. tidak ada istilah sporting terhadap perkara maksiat.

benar...percaya atau tidak terpulang...yang pasti aku akan terus diam... diam dan diam.. lebih baik diam dari menyakiti waima aku tahu apa disekelilingku..aku tahu apa yag mereka kata tentangku...

diam...sepi...dan senyap itu paling indah bagi mereka yang mengetahui makna tersirat daripadanya...

Rabu, 2 Februari 2011

Mangkuk Jepun vs The Bisaya Family esp Aqashah

pagi semua...aik nsb bek x kata slmt siang semua..tu macam kat Indon plak. pagi ni aku leypak ngan Aqashah di beranda homestay, mujur ada meja senang nak on9. semalam aqashah da mencetuskan kontroversi. selain kami sekeluarga menginap di Slagon Homestay ni ada beberapa tourist Jepun yang menginap cini. so agak kurg privacy berbanding percutian yg lalu. kali ini ku lihat Homestay Dr Uthman ni byk perubahan, maybe nak upgrade ke taraf berbintang2 kowt. aku dpt infomtion dari staff homestay ni yg org2 Jepun ni nk duk lama sini. dalam 2-3 bulan. mak oii lmnye. kalu aku mnla nak mampu bayar untuk seminggu pun rasanya da kering poket aku. disebabkan org2 jepun ni duk lama cn so durg pun de satu kabinet dapur yg khas utk pinggan mangkuk durg. mlm kami smpai cn ri2, kwsn kabinet tu gelap, my kazen si Abang dgn slumbernye guna bekas durg. tp soknye aku pulgkan. n dlm ms yg sm staff tu nmpk aku pulgkan dia pun kata yg tu kpunyaan urg2 jepun tu. aku minta maaf ngan dia coz kami x prasan yg kat kabinet tu dah bertulis "JANGAN USIK, INI BARANG2 PENGINAP" kan mlm tu glp x nmpkla, pagi tu baru aku nmpk ada nama kat mgkuk tu "MOMOYO" N "KYUKO". nsb bek staff tu faham, smlm Aqashah plak bikin spoilt..ada plak dgn slumber dia p guna mgkuk tu coz nak mkn maggi, kami da pesan, tp dia wat x taw je, slumber dia kata Umi yg suruh guna. ptg tu, staff homestay bising pasal mgkuk, hahaha abis kami semua masuk bilik, rupa2nya asah x bsh mgkuk tu pas guna , dia main ltk je kat meja mana x staff dia mrh. msti dia takut boss dia marah coz urg2 Jepun tu kwn bos durg. hahahaha...apa lagi semua duk bertapa dlm bilik, malu punye pasal.

sebenarnya urg2 Jepun ni bek sangat, pandai plak speak malay tu, pg2 da kuar, smpai2 Ana kata urg Jepun ni solat Subuh that's why bgn awal hahaha...tp durg memang tepati masa. pagi2 p joggin n main golf..mana x sihatnya. lepas tu durg ni pembersih plak, lepas mkn durg bersihkan, bukan mcm kitaorg maybe bawa anak2 ranik meja abih bersepah. hahaha. sehinggakan aku rasa malu plak kat durg. smlm kami p kedai Ipy p beli mangkuk gara2 xnak lg terguna mgkuk urg Jepun tu. at da same tyme dia kata nati dia nk tnjuk mgkuk dia kat Staff n urg Jepun tu.haahaa..seeloknya xde persengketaan antr kami ngan urg Jepun. lgpun ari ni kami nak balik da. Bye.

tadi yg ucap pagi itu ialah urg Jepun..baru je dia tegur aku...hahaha

Isnin, 31 Januari 2011

Fikrah Anak Bisaya: 9 SIFAT WANITA YANG MENAWAN LELAKI.

Fikrah Anak Bisaya: 9 SIFAT WANITA YANG MENAWAN LELAKI.: "1 . SIKAP KEIBUAN Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan ..."

Ahad, 30 Januari 2011

AnDaI IA tAhU

perlukah aku berterus terang...hai pening2..setiap hari memikirkan tentangnya seolah2 satu rahsia yang teramat sulit dan seolah satu masalah yg amat payah untuk dirungkai.

andai ia tahu hidup ini singkat,

andai ia tahu dunia ini hanya persinggahan,

andai ia tahu maksud persinggahan itu sementara,

andai ia tahu kebergantungan hanya pada Allah,

andai ia tahu mati itu benar,

andai ia tahu akhirat itu benar,

andai ia tahu syurga neraka itu jua benar,

andai ia tahu segala-galanya milik Allah....

aku pasti setiap detik, setiap saat,

tingkahnya hanya ibadah,

mohon keredaan,

mohon keampunan,

menuju kejayaan dan kegemilangan,

duniawi dan ukhrawi,

ia...

andai ia tahu...

begitu juga aku....

ku mohon agar kami sm2 tahu...

Sabtu, 29 Januari 2011

aku kembali...

hai...sungguh..sungguh lama aku x update blog ni. nak kata xde masa tu..xde la juga. cuma rasa malas tu mguasai diri. formulanya "nak start tu mmg payah tp bila da start susah nak stop plak" hahahaha...skrg da tiba masanya aku kembali....i'm back!!

ok first thing first....firstly..skrg aku kat Sabah..why i'm here ..e'eh kan cuti kejap je..sminggu..nak smbt raya cina ke? hahaha..actually aku balik bersebab. .kalu x ish kamu ni..xdenya aku nk blk cuti sminggu ni bazir duit je kan..aku balik coz at da second tyme aku kena g Ranau meet da Father2..apa lagi untuk tesis aku lah. kali ni my mom and the other family join me. durg sedap nak brcuti sdg aku cbuk nk interview father2. aku bermohon pada Allah semoga segalanya dipermudahkan. now..i'm home..nak citer my journey..emmm gn...aku n kid nek bas SP Bumi ke KL (hentian Putra)-mujurla nek bas kat kampus je..mudah cket. tiba di hentian Putra pukul 4.30 pg..lengang KL.then p stesen Komuter..nek Komuter ke KL Sentral...dari ctu kami nak ke LCCT nek Bas plak..ehm..pa lagi Sky Bus la...fuh tengkuk..pinggang n pala aku sakit xyah ckplah...t aku citer napa..dlm bas aku tdo spnjg jln, smpy simpg ke LCCT br aku trjg adala dlm sejam baru smpi..smpi2 trus g surau nak rest lue..dah tu while tggu flight jam 1250 kami g bfast kat MarryBrown. Alhamdulillah ..td buka men lapo lagi..1250 nek flight..dengan bangga kami jln dulu bkn pe dpt hot seat..but i'm thinking dat no seat kami tu mcm kat Emergncy door je...ah whatever la.janji aku dpt msukkan bagasi aku dgn slmt..smpi dlm flight..na kan sudah ku agak kami di emrgncy door..kid kata ni bukan hot seat but very2 hot or hottest seat..malang coz seat kami xley nak tlk ke blkg..hahahaha..tgkuk aku yg sakit ni btmbhla sakitnye...smpi KK tgu my sis dtg amik...then p mkn kat Plaza Tg Aru..mmg aku lapo giler but mknn aku plg murah ..hahaha..aku just mkn mee gorg Tuaran wif seafood. durg? emm mkn nasik + sotong grg tepung+ ketam masak merah+sayur kangkung belacan+kari ikan+sayur kailan...total rm130..amik ko..bek mkn kat hotel...tp x kisahla..bukan slalu pun..then singgah umah ana..waduuh x blk umah lg tu..smpy kul 9pm..bayangkan aku dahla brtlk jam 9pm(27 jan) dari Unisza then smpi kat Umah jam 1.00 am..(29 jan) da lbih 24 jam aku pnyer journey...

okey2..nak cite pasal aku sakit pinggang, tengkuk n pala..gn..26 jan(rabu) petg aku g library..iron bj jap..aku br buka plug..karan da mati lak..aik..ah whateverla baju x kedut mana pun..from library aku g blk nasuha pulangkan buku "PERANG SALIB" n byr wit buku..leypak jap..jam 6.30 pm aku blk bilik karan still xde..waduuhhh...then dpt sms dari husna kt de meetg jam 9Pm kat Surau Thoriq..waduhh mandi x lagi pe lg iron baju..gelap gulita kan...huhu..9pm aku g meetg dgn hrpn aku blk meetg da ade karan..fuh bis meetg karan still xde..my fwen call pok guard..they said dat pkrja gali longkng trgali n trputuskn wyr letrik blok kami..hampeh..mlm nak tdo punyela ssh panas+nyamuk...dah aku dpt tido..tba2 nana (my fwen) plak ketuk pntu..depa kata gelap2 de pnceroboh nk msk..so depa suh brhijrah ke Saodah..arghhh..tension tahap cipan..aku n my roomate tdo kat blk je..aku mmg payah nak tdo dah bila da trjg...rsnye dlm kul 4 kowt br dpt tdo..soknye karen still xde..iron bj kat Saodah..pg aku kn p Dabs coz handle program Syarahan Akademik under Jabatan Dakwah jmput "prof Kamal Hassan(prof ulung negara)" kat Dabs aku jd x keruan..penat siot jd ajk Protokol..aku tkt kain kurung trkoyak je(dahla bj pnjm my romet pnyer) coz gaya jln da brutal..hahaha.. settle kat Dabs..keja kt bilik plak..akula hangin satu bdn..tyme ni durg nk tuko katil n locker..pe lg trpksa kms brg mcm nk pndh je..pe2 thanks 2 my roomet byk tulung aku kms...ngah2 kms.panas aku dtg blk bila tetiba je sorg bdk yg terlebey rajin bsh bilik dea mganggu ktntraman..adakah patut air basuhan dea melimpah msk bilik haku..pe lg..cianla dea kn maki hamun oleh kami..hahaha x kuar bilik bdk tu..hai la..xde keja jadik keja plak kena mop lntai..then tb2 dtg plak sorg minah tnya2 pasal tesis ngan aku mcm aku ni musyrif plak..ah..layan gak..aku bsh ken kat mesin..tetiba mesin plak rosak x bilas kain aku..huh..trpksa bilas sndri..wadu dok dan nak rest...kul 9pm..aku brtolak ke KL..argghhh..mana x sakit tgkuk aku...

n now..i'm back to be a blogger..bosan layan FB, lyn2 gak tp kureng cket, em kat cn ley la blogger..kat kampus Internet lembab giler..malas....