Khamis, 21 April 2011

"Aku Sudah Bertunang"

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Isnin, 18 April 2011

SeTeLaH PeLBaGai rINtANGAN dILAluI tEntaNG dIA yG bRNM "teSIs"tENSION + PrESsUrE ker AkU? part 1

hari ini...pagi 2 rasa berdebar..kuteringat pesan ******...ah..aku ketepikan semuanya adalah ketentuan Allah..ajal maut di tgn Tuhan...Dia yang maha menentukan...

tapi hari ini..perassan debar+hepi..pagi2 msg ustazah Zuriati..berharap dapat draft yg da di sbmit tempoh hari..ustazah msg jumpa kul 3..alangkah...hepi sangat..setelah penantian yang menyeksakan..

tepat pukul 3 aku n Zida tiba kat bilik ustazah ...ustazah kat luar dia suh kitorg g msk je blk dia..for a while...just a sec we were wtng our supervisor..then ustazah masuk..

tiba-tiba ustazah ley tanya "ye ada ape nk jmpa saya"...gisssshhh...oh my god...masa tue aty aku da x sodap..zida too...then zida pun ckp dgn tergagap "err draft kami ustazah.."....taw tak ustazah kata pe...dia kata ...قالت: "belum lagi...belum siap cek"..dupp..jntg aku rasa nk tercbt bila dengar beliau ckp g2...

punyerla kitorg excited ingat td ley dpt balik draft ley gak settlekan segera..so xde la study week trganggu lgpun aku da wat jadual study..nekad sem last nie nk wat yg terbek..but...setelah itu..huar2...kami tunjuk pe yg kami x tnjuk lg kat ustazah...then ustazah betul2kan...

then ustazah pesan kat kitorg bgtau Salwa, Suha n Raihan segera anto draft..ustazah da potong markah durg..tetiba suha datang anto draft..Alhamdulillah..tp..ustazah ckp dia da potong mrkah dah sbb lewat..syukur kami anto last week..tapi draft kami x ley mik lagi..waduhhh...

now..mcm2 perasaan, teringat bgaimana kesusahan masa mula2 wat tesis dulu..masa g jumpa paderi..serbu church mana2 smpai sesat n almost accident..masa edar Questionnare..2 kali edar tue..ingat kesusahan masa tu aku jadi geram kat ustazah ..betapa kwn2 lain senang je lepas...ada yang da anto..tyhah yg submit draft bulan lpas br dpt anto td..terkadang ketelitian ustazah merimaskan aku...terasa pressure tahap cipan...dan menitis juga airmata ini..

lalu, aku dengan pasrah hanya mampu berdoa pada Allah..sapa lagi yg boleh tulung saat ini melainkan Allah..semoga sentiasa diberi jalan keluar dan dipermudahkan... sekarang aku da x amik kesah sgt pasal tesis..berdoa moga segalanya lancar 20hb nati..ustazah bgtau tarikh last ari khmis..ustazah mls nk ckp ngan student coz tkt lwt lagi kang budak2 nie anto..well..

sekarang...aku nak ubah jadual study aku...aku akan pastikan aku abis study semua topik fiqh Muqaran, fiqh muasir dan gerakan Islam. yg pasti wat masa ni till dpt msg dari ustazah aku x kan pedulikan hal tesis...wat masa nie gak hope2 xde sapa ganggu aku even "him"...sebarang panggilan darinya xkan dilayan (emm mmg dr dulu lg kot: aku x suka ckp tepon) huhuhu...

nie de la nukilan part 1..nantikan entry akan dtg...semuanya tentang dia yg bernama "tesis" pressure n tension..biasakla tue..tp akukan tabah bak kata zida...huhuhu

kini ku ketahui..ujian adalah tarbiah dari Allah apakah kita kan sabar atau sebaliknya...moga2 aku jadi org yg sabar...

Sabtu, 16 April 2011

keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765
...

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:

KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
NASIHATLAH MANUSIA WALAU KAU SEORANG PENDOSA

Mungkin ada sebahagian orang yang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, kerana ia merasa banyak melakukan dosa dan tidak layak untuk mengucapkan ucapan kebaikan kepada sesama manusia.

Pandangan seperti itu adalah keliru dan bahayanya sangat besar, serta akan membuat syaitan gembira. Betapa tidak, kerana jika mesti menunggu sampai seseorang bersih dari dosa baru ia layak menasihati manusia, maka tidak ada seorangpun di muka bumi yang layak memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam tercinta.

Sebagaimana dikatakan seorang penyair:

إذا لم يعظ في الناس من هو مذنب # فمن يعظ العاصين بعد محمد

“Apabila seorang pendosa itu tidak menasihati manusia, Maka siapakah yang akan menasihati orang-orang yang berdosa setelah Nabi Muhammad kita”.

Sa’id bin Jubair berkata: “Apabila seseorang tidak memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar, hingga ia menunggu dirinya bebas dari kesalahan, maka tidak akan ada seorangpun yang memerintahkan kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari yang munkar”.

Imam Malik setelah mendengar perkataan Sa’id bin Jubair berkata: “Benar apa yang dikatakan Sa’id. Siapakah yang tidak memiliki sedikitpun dosa dalam dirinya?”.

Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah: “Berilah nasihat kepada sahabat-sahabatmu”. Mutharrif menjawab: “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku kerjakan”.

Al-Hasan berkata lagi: “Semoga Allah merahmati dirimu. Tidak ada seorangpun di antara kita yang melakukan semua yang diperintahkan Allah. Syaitan akan gembira apabila kita berfikir seperti itu sehingga tidak ada seorangpun yang memerintah kepada kebaikan dan tidak pula mencegah dari kemungkaran”.

Berkata Ibnu Hazm: “Apabila orang yang mencegah dari perbuatan keji mesti orang yang tidak memiliki kesalahan, dan orang yang memerintah kepada kebaikan mesti orang yang selalu mengerjakan kebajikan, maka tidak ada seorangpun yang mencegah dari yang mungkar dan tidak ada seorang pun yang mengajak kepada kebaikan setelah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

(Semua nukilan diatas dapat ditemukan dalam kitab al-Jami’ li Ahkamil Quran: 1/367, al-Qurtubi).

Imam Nawawi berkata:

“Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada orang yang memerintah kepada kebaikan atau orang yang mencegah dari kemungkaran untuk mencapai kesempurnaan dalam segala hal. Tapi, ia mesti tetap mengajak kepada kebaikan walaupun ia memiliki kekurangan dalam hal yang ia ajak kepadanya, dan ia tetap mencegah kemungkaran walau ia terkadang mengerjakan apa yang ia cegah. Kerana sesungguhnya wajib pada dirinya dua perkara iaitu : mengajak dirinya sendiri ke arah kebaikan dan mencegah dari kemungkaran; dan mengajak orang lain ke arah kepada kebaikan dan mencegah mereka dari yang mungkar. Tidak boleh ia melalaikan salah satu dari dua perkara tersebut”.
(Syarah Sahih Muslim: 2/23, An-Nawawi).

Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu saling menasihati dalam kebaikan.

Sabtu, 2 April 2011

SaTu Hari UnTuK tESiS ...emm..CuKUp kE?

aku dah rancg hari ini aku peruntukkan utk wat tesis...tapi jari ini tetap lalai dan leka menconteng di blog ii mahu pun di FB... biasala x sah kalu x on9...

tesis aku tajuknya "Metod Penyebaran Ajaran Kristian di Daerah Ranau"..hanya tggal seminggu stgh kot b4 submit 17 April nie..begitu cpt masa berlalu..i'm pressure tp wat bodo je..dlm aty..Ya Allah...

menyesal coz b4 diz byk masa terbuang..tp skg bkn masa nk menangis penyesalan..skg ialah masa utk DO IT!! ATUR STRATEGI bagaimana nak settle kannya..dan aku sentiasa yakin ada jln penyelesaian..

cuma 3 credit hour but ia menntukan bila abis t kami ley grade atau x...di saat ini tiada daya melainkan mengharap bantuan dari Ilahi...

hari ini...

netbook yg setia berkhidmat


fail bhn2 tesis yg didapati dr Jurnal2 n buku2 yg xley pjm


buku2 rujukan bley pjm

1.Gerakan Agama Kristian di Malaysia (Prof Dr Muda @Ismail Abd Rahman)
2. Kristianisasi Sebagai Sebuah Gerakan (Dr. Ghazali Basri)
3. Christianity In Malaysia (Robert Hunt, et.al)
4. Gerakan Gereja Katolik di Malaysia (Prof Dr Muda @Ismail Abd Rahman)
5. Kehidupan Beragama Masyarakat Kadazandusun (Suraya Sintang)
6. Gerakan Kristian ( Dr. Ghazali Basri)
7. Kristian di Sabah 1881-1994 (Mat Zin Mat Kib)


rujukan paling Utama dari Musyrif
(ni tesis ustazah Zuriati masA mik Master kat UIA dulu) Comparative Religion lbh krg cam aku pyer tajuk...syukran sgt ustazah bg pinjam tesis die...

tak tau bila siap nie..tp yg pasti skg nie ngah pulun...berusaha slagi terdaya..dan nmpknye mlm nie stay up...setiap mslh de jln penyelesaian...semoga segalanya berjln lncar...Amin....

Jumaat, 1 April 2011



Assalamualaikum...emm agak lama juga aku x mengupdate blog nie..

ketandusan idea dan kesuntukan masa..sememangnya sukar utk cari masa terluang sem ni..erk..ye ke..

begini ceritanya..opps..aku kan penglipur lara..perlu bercerita..

seminggu yang lepas kami di arahkan oleh Pihak HEPA pergi Kem Kebolehpasaran Graduan kat Kem Latihan Belukar Bukit kat Hulu Terengganu..

alangkah...kamu semua terkejut dgn arahan mendadak itu, dan sememngnya kami semua xnak pergi.

so..kami cuba berunding dgn pihak HEPA..kami akui ksilapan kami tak maklum awal2 kat HEPA yg kami de hal mggu tu..x bley nak join...

akhirnya kami akur..kami pun pergi kem tue..asalnya kami ingt kem BTN (aku da bosan join Kem BTN since Secondary School lg)..

tp sebenarnya mmg kem yg melatih kami semua utk berani berinteraksi sng cite melatih diri kami dgn kmhiran softskill...

batch yg pergi ialah:

1. BAC SEM 2 (FPPP)
2. BA.BIO SEM 6 (FBP)
3. BA.DAKWAH SEM 6 (FKI)

Kami dibahgikan dgn 8 groups.. aku duk kat group 4, brsama2 ayie(bac2),ayu(bac2),aisha(bio6),ct(bac2),ika(bac2),susan(bio6),sal(bac2) dan jihah(bio6)dan aku sorg FKI. fasi kami ialah cikgu Rahim (CAD)

Dlm group aku susan sorg je non muslim..ms sesi taaruf dia siap bgtaw yg dia bkn Kristian tp dia Buddha..emm mybe tkt kitaowg slh anggp kowt..tp wateverla..aku kwn ngan smua owg x kira muslim or non muslim..n susan ni duk sblh katil je dgn aku...oklah...kwn2 aku yg len pun ok ngan bdk2 non muslim ni..(susan, connie, juana, vivian)

gmbr tula utan yang kami redah masa kembara...budak2 nie kecoh dgn pacat..tp Alhamdulillah pacat tu x plak hisap darah aku...

ada satu kngn yg aku xkan lupa, masa kembara mlm..kami semua dilepaskan berjln blk ke hostel sorg diri..dlm perjlnn mstilah bnyk yg menganggu..

apalagi..fasi2 kami berlakon jd hantu tgh jln..jd pocong, hantu bungkus..waduh..

masa aku lalu kat bukit tu..tiba2 aku nmpk de pocong berdiri sblh kiri aku..aku taw tu manusia n fasi2 kami yg nk mnyakat tp masa tue..perasaan trkejut mguasai so apalagi aku pun cabutla..hahaha..tp pocong berlakon tu bley plak kejar aku..ish2..aku dah geram..smpai bwh bkt pocong tiruan tu stop kejar..tp de plak antu bungkus tiruan..aku wat slumber je..tiba2 antu tu nk trk kaki aku..ish.. aku pun cptkn lgkah..antu2 lain aku x peduli coz durg x kaco just tgk je dr tepi...

agak cpt gakla aku smpai kat Dataran...tp aku ingt de sorg kwn aku sal(bac2) dia ley trk kain pocong tu gara2 gram pocong tu asyik kaco dia...hahaha..respectla..brani...

bnyak yang aku n kwn2 dpt drpd program nie..mmg asalnya kami da su'u zann ngan program nie..tp Alhamdulillah selepas join aku rasa ada satu kuasa dn kekuatan yg menyerap dlm diri aku..

aku rasa keyakinan semakin bertambah...seronok dpt kenal dgn kwn2 yg slm ini x pnah tahu...

seronok coz dapat tgk pemndgn paling indah ciptaan Tuhan (air sungai, air terjun yg jernih sejernih jernihnya)..berkenalan dgn pacat...

satu hal yg paling penting..perkhidmatan kita sbg da'i sentiasa diperlukan di mana2...contoh?..

masa trn surau de sesi kuliah bersama Ustaz Rosdi...ntah knapa ustaz Rosdi suka bertnya2 mcm..yg jd sasaran plajar Dakwah lah..Alhamdulillah kami semua dpt menjawab segala persoalan yg timbul..

sedikit kekecewaan apabila ada kalangan student FKI yg xjoin program alasan kaki melecet tp sbnrnya takut pacat..plzla..pacat tu mkhluk Tuhan yg x berakal, kita sbg yg berakal ni cubalah berani mghadapinya..kecik je kot...

lebih sedey bila ada kwn2 sklas yg lgsung xnak pergi Kem nie..asalnya kami pun gtu gak, tp bila da join br taw kemanisannya..

so awal2 aku nk kata" don't judge a book by It's Cover" baca dulu, fahami dn hayati dulu br taw hikmah disebaliknya..

apa2 pun mgkin inilah program terakhir yg aku n kwn2 dpt join sblm kaki ini melangkah pergi meninggalkan bumi UniSZA...sesungguhnya aku berbangga mmpunyai roomate yang join skali program nie(smpy nangis2 lg time berpisah ritu)...skurg2nya pglmn ini dpt dinikmati bersama..

semoga kngn ini dpt merapatkan lagi Ukhuwah....InsyaAllah..