Khamis, 3 Februari 2011

diam, sepi dan senyap

hari ini..aku lebih rela mendiamkan diri..

bagiku adakalanya diam itu lebih bermakna dari memperkatakan perkara yang tak sepatutnya...
diamnya aku juga bukan bermaksud sombong, tetapi kerana bosan dengan tingkah manusia yang sering alpa dengan kelemahan yang ada pada dirinya...

diamnya aku tidak dikira taqrir kerana aku bukan nabi yang diamnya tanda memperakui sesuatu perkara...tetapi diam aku mempunyai maksud yang lain,
diam aku bererti aku aku benci akan perangai ego manusia, diamnya aku adalah untuk mengelakkan pelbagai musibah terjadi.

sekurun yang lalu aku seorg yang petah malah banyak menyakitkan hati org lain, lantaran itu, hari ini penyakit itu aku tidak ingin ia kembali lagi...menyakiti hati orang bererti hati aku juga sakit. lalu, hari ini, sungguh aku lebih rela mendiamkan diri, sedang aku tahu apa yang berlaku disekelilingku...

aku diam kerana aku dilingkungi oleh mereka yang petah...pedas dalam bertutur perkara sia2...lancar dalam berbahasa bukan2...mengutuk, mengeji, memaki, mengumpat bahkan menghina...
lantas aku diam...sepi itu lebih indah daripada diiringi nyanyian2 kutukan sang syaitan bertopeng manusia...

aku diam lagi...mungkin ada yang kata diamnya aku kerana bodohnya aku..sengal..lurus bendul...skema dan pelbagai lagi tohmahan...

tapi mengertikah kalian orng yang petah bertutur perkara sia2 itu lebih kebodohannya, org yang suka memaki hamun itu lebih kesengalannya, org yang suka mengumpat itu lebih lurus bendulnya sehingga boleh menimbulkan fitnah kerana percaya apa yg org kata dan kemudian disampaikan tanpa bukti kukuh....

mengertikah kalian..skema itu brmksud mengikut syarak..itu ini tidak boleh bukan bermaksud menganiaya...tapi ajaran Rasulullah...bahkan Rasulullah itu sendiri skema.sesiapa yg mgatakan ahli agama org yg skema bermaksud dia telah menghina Rasulullah. tidak ada istilah sporting terhadap perkara maksiat.

benar...percaya atau tidak terpulang...yang pasti aku akan terus diam... diam dan diam.. lebih baik diam dari menyakiti waima aku tahu apa disekelilingku..aku tahu apa yag mereka kata tentangku...

diam...sepi...dan senyap itu paling indah bagi mereka yang mengetahui makna tersirat daripadanya...

Tiada ulasan: