Jumaat, 28 Oktober 2011

~~tiNgkATaN zikiR MeNuruT IbN QaYyiM al-JaWzIyAH~~

1. Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. Hati akan lebih lagi menikmati.

2. Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidak merasai.

3. Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.

4. Berzikir lidah sahaja, hatinya lalai.

Di manakah tingkatan zikir kita? Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t tidak akan mensia-siakan setiap zikir hamba-Nya melainkan diberikan pahala. Begitulah Allah s.w.t menghargai setiap ingatan kita pada-Nya. Namun adakah kita juga menghargai Dia?

Tiada ulasan: