Jumaat, 22 Julai 2011

**nOvel Bumi Cinta Karya Habiburahman dan air mataku yg tumpah**


novel ini dah dipasarkan tahun lepas lg tapi aku baru je baca after my aunty bg br2 nie, aku rasa novel nie agak payah nak wat Film coz terlalu complicated, kalu ada pun pasti memrlukan kos yg tinggi even maybe jln citenya dah x sama mcm kat novel ni.


For the first time aku tertarik dan terpesona untuk membaca novel ini, aku bukanlah seorg yg gemar baca novel, biasanya aku akan baca chapter first then lompat tgk ending dia..tp berlainan sunggguh dgn novel ini, aku jadi begitu tekun menghabiskan pembacaan aku. walaupun mangambil masa 3 hari tapi aku puas hati..menarik sangat..mungkin org lain akan kata biasa je tp tidak bg aku, novel nie betul2 membantu aku, hampir setiap page yg aku baca akan menyebbkan airmata aku menitis...tuu diaaaa..aku baca penuh feel..sampai aku terasa aku da berada kat Moscow..

novel ini mengisahkan tentang Muhammad Ayyas anak indonesia graduan lulusan agama di Madinah dan menymbung pengajian di India dtg ke Rusia untuk membuat Kajian berkaitan dengan Sejarah Islam di Rusia pada Zaman Stalin lalu menetap di apartment di Panvilovsky bersama 2 org teman serumah yg berlainan jantina dan bangsa. Imannya hampir goyah apabila terlalu byk dugaan menginap seapartment bersama 2 org wanita Rusia yg memang terkenal cantik, Yelena yg tidak mengakui kewujudan Tuhan dan Linor yg penuh berahsia. ditambah pula kecantikan Anastasia Palazzo pembimbingnya sepanjang berada di MGU...Ayyas berusaha mempertahankan imannya walau difitnah dan pelbagai dugaan melanda. bahkan kedatangan Ayyas berjaya mengubah pendirian rakan seapartmentnye sehingga masing2 menemui jln kebnaran...kepatuhan dan ketaatan Ayyas sehingga terlepas Subuh dia menangis teresak2 membuatkan aku terasa amat hina, ya seringkali aku terlepas Subuh tp slumber je ganti ( qadho) pada waktu lain tanpa ada perasaan takut, tp Ayyas bersungguh memohon ampun pada Allah..

ketekadan Ayyas untuk meruntuhkan nafsunya dgn akal yg waras dan keimanan yg kuat selepas disentuh oleh perempuan bukan muhrimnya membuat aku terkesima seketika, aku selama hayat ini tanpa rasa bersalah bersentuhan dgn lelaki bukan muhrim walaupun sekadar bersalam tgn dgn bapa saudara, jiran tetangga dan teman2. baru kini aku terasa penyesalan amat. aku rasa aku hina sgt, sedgkan si Ayyas berusaha utk tidak melakukan kemaksiatan pada setiap hari yg dilalui...

satu ayat yg aku xkan lupa hingga kini " ketika pagi datang, org yg lalai akan berfikir apa yg harus dikerjakannya,sedangkan org yg berakal akan berfikir apa yg dilakukan Allah kepadanya" petikan kata2 Ibn Athaillah...

terima ksh kang Abik (Habiburahman El Shirazy) kerana menulis karya yg benar2 membuat hati basah mengingati Pencipta...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih meberi peluang untuk menginsafi setiap perkara buruk yg kulakukan..Allahuakbar...


p/s ehm sapakah hamba Allah dr Russian Federation yg slalu mgintai2 blog nie...i wonder who?
,

Tiada ulasan: